Wednesday, September 1, 2010

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 21

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 21

PANDUAN MENGARANG
Penulisan karangan yang berkesan bukanlah dengan cara membuat latihan menerusi proses tiru salin model-model karangan. Sebaliknya, penulisan karangan hendaklah dilalui dengan mempelajari ilmu mengarang, mengusai teknik-tekniknya dan membuat latihan berdasarkan ilmu mengarang tersebut.
Antara komponen penting dalam ilmu mengarang ialah :
a. mengenali topik perbincangan
b. menentukan skop perbincangan bagi tujuan menjana idea/isi dan mengolah idea/isi
c. mengolah pendahuluan mengikut jenisnya
d. mengolah idea/isi untuk karangan secara deduktif, induktif dan eklektif.
e. mengolah penutup fakta karangan sama ada penutup fakta jenis harapan, cadangan atau komprehensif.
f. membina struktur karangan mengikut format yang ada.
Selepas pelajar menguasai ilmu mengarang ini, barulah dilakukan latihan penulisan karangan bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan. Oleh hal demikian, penulisan karangan yang dilakukan tanpa ilmu mengarang memang kurang berkesan dalam melahirkan pelajar yang mahir menulis karangan secara berkesan. Menerusi ilmu mengarang, pelajar sendiri tahu sebab-sebab karangan mereka diberikan markah tinggi atau sebaliknya. Jika mengarang berdasarkan proses tiru salin dan latihan yang banyak tanpa ilmu mengarang, pelajar sendiri tidak akan tahu sebab-sebab karangannya mendapat markah yang tinggi. Yang diketahui berkaitan karangannya cuma betul struktur ayat, betul ejaan dan tanda bacanya sahaja.