CONTOH PENULISAN KARANGAN: KEMELUT AKIBAT KEKURANGAN BAHAN MAKANAN DUNIA
Prakata
Dalam suku pertama dan kedua tahun 2008, masalah krisis makanan dunia telah mendapat perhatian seluruh negara dunia. Antara perkara yang turut menjadi perhatian dalam kemelut peningkatan harga makanan di pasaran global yang telahpun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yang telahpun mula muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia adalah juga merupakan faktor penyebabnya. Di Mesir, ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan harga barang, telah membuat tunjuk perasaan memprotes situasi tersebut pada suku pertama 2008. Manakala, beberapa hari sebelum itu akhbar telah melaporkan bahawa para petani di Argentina telah melancarkan mogok kerana membantah dekri presiden pada 11 Mac 2008 yang menaikkan cukai eksport kacang soya sehingga 45 peratus dan turut juga mengenakan duti baru ke atas eksport barangan makanan ruji yang lain
Sementara itu, di Filipina, kerajaan telah mengumumkan bahawa pemilik gudang dan peniaga yang didapati menyorokkan beras di Filipina akan didakwa atas tuduhan melakukan “sabotaj ekonomi” yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah memberi amaran bahawa peningkatan harga makanan yang berterusan dunia boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan suasana politik di seluruh pelosok dunia.
Sekilas Fakta
Makanan adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Oleh yang demikian, isu krisis makanan bukanlah satu isu yang remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijiran dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini. Sekiranya, pada tahun 2007, rakyat Malaysia menjadi kecoh apabila bekalan gula dan minyak masak berkurangan di pasaran, bayangkanlah keadaannya sekiranya anda dapati tiada lagi beras dan tepung di rak-rak kedai runcit dan juga pasar raya. Walaupun setakat ini Malaysia belum terkesan dengan fenomena ini secara kritikal, namun berdasarkan 'trend' ekonomi dunia, hal ini langsung tidak mustahil boleh melanda negara kita jika kita alpa mengenainya. Justeru kesedaran rakyat dalam menjayakan proses menyelesaikan krisis makanan ini harus bermula dari hari ini lagi .
Masalah kekurangan makanan, yang pada mulanya bersifat setempat dan sinonim dengan negara-negara dunia ketiga, kini menjadi lebih kronik apabila harga pasaran bekalan makanan di peringkat dunia juga turut meningkatkan dan mula memberi ancaman kesan yang lebih global termasuklah kepada negara-negara maju. Menurut statistik hasil kajian Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat sebanyak 700% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya telah mencatatkan paras kenaikan tertinggi. Kenaikan harga pasaran bijirin juga akan memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan tenusu.Sehubungan dengan situasi ini, pelbagai krisis yang telah melanda merata tempat di dunia dan tidak lagi terbedung kepada negara-negara tertentu sahaja.
Krisis ini telah memberikan kesan langsung yang menyengsarakan penduduk dunia apabila kita dapat menyaksikan ketidakpuasan hati terhadap kemelut yang berlaku telah mula dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti tunjuk perasaan dan bantahan. Rusuhan telah berlaku di Mexico pada 1 Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak berpuas hati dengan kenaikan harga makanan yang meningkat sebanyak 400%. Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon telah mengatakan bahawa di kebanyakan negara terutamanya di Afrika, pengguna terpaksa membayar lebih dua kali ke tiga kali ganda untuk makanan akibat daripada kemelut ini. Jika kita soroti sepintas lalu statistik yang ada, pada ketika ini terdapat lebih 854 juta manusia yang hidup dalam kelaparan.
Punca Krisis
Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan ialah antara alasan yang telah dijadikan sebagai punca berlakunya kekurangan makanan di dunia hari ini. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9 billion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang pastinya tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan (kekurangan) sumber-sumber yang ada seperti tanah untuk bercucuk tanam dan juga bekalan air yang bersih untuk pengairan penanaman. Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat membangun seperti di
Keadaan ini juga telah dikatakan menjadi bertambah rumit lagi apabila faktor kebolehan pengeluaran juga telah terjejas akibat bencana alam seperti El Nino dan La Nina, pencemaran alam sekitar dan perubahan yang ketara pada iklim “rumah hijau” dunia secara keseluruhan.
Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga barangan makanan juga telah dikaitkan dengan “kesan penggandaan” kepada beban yang telah pun sedia terhasil akibat daripada kemelut ini. Hal ini adalah kerana, apabila harga barangan makanan meningkat, maka akan menjadi semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan bekalan makanan tersebut selari dengan sistem ekonomi kapitalis dunia yang digunapakai pada hari ini. Kenaikan harga barangan ini telah dikaitkan dengan kenaikan harga minyak dunia dan juga bahan tenaga yang lain yang menjadi keperluan untuk memproses daripada bahan mentah asalnya, mengilang produk dan kos pengangkutan barangan makanan tersebut kepada penjual dan pengguna.
Di samping itu, penghasilan bahan api bio bukan sahaja dikatakan telah melambungkan harga sumber makanan yang berkaitan, malah sekaligus mengurangkan jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan makanan manusia dunia. Pada tahun lepas sahaja 30% daripada jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan Ethanol (antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan api bio) dan jumlah ini pastinya memberikan impak yang besar kerana Amerika Syarikat menyumbang kepada 70% pasaran jagung dunia.
Hakikatnya atau faktor yang diperkatakan tadi adalah bertentangan dengan realiti yang ada. Hairan jikalau dikatakan kekurangan bekalan makanan masih berlaku sekalipun apabila sebenarnya tahap pengeluaran makanan dunia pula bertambah melebihi tahap pertambahan penduduk dunia sedangkan jika dibandingkan antara jumlah penduduk dunia pada tahun 1961 dan 2005 kita dapati jumlah penduduk dunia telah bertambah sebanyak 2.1 kali ganda. Akan tetapi jika kita bandingkan tahap pengeluaran makanan antara tahun yang sama, kita dapati pengeluaran makanan dunia telah bertambah 2.8 kali ganda. Hal ini bermakna, jumlah makanan yang telah dihasilkan untuk setiap individu telah bertambah saban tahun. Oleh yang demikian, rasional bahawa antara punca krisis bekalan makanan adalah kerana bertambahnya bilangan penduduk dunia adalah pena’kulan yang meleset.
Untuk isu perubahan tabiat makanan penduduk dunia yang dikatakan menjadi punca pertambahan permintaan makanan pula, realitinya harus dikaji dengan lebih teliti lagi. Jika kita tanya, benarkah penduduk dunia zaman sekarang makan lebih banyak berbanding dengan penduduk dunia puluhan atau ratusan tahun dahulu, walhal saiz perut manusia lebih kurang sama sahaja? Secara logiknya, keperluan makanan untuk bekalan tenaga manusia seharusnya menjadi semakin berkurangan oleh sebab manusia telah semakin banyak menggunakan mesin dan jentera bagi melakukan tugas-tugas, berbanding orang dahulu yang semata-mata bergantung kepada tulang empat kerat untuk bekerja. Jadi adakah benar manusia sekarang makan lebih banyak ataupun sebenarnya manusia zaman sekarang ini "membazir" dengan lebih banyak?
Akan tetapi jika dilihat laporan kajian tentang pembuangan sisa-sisa makanan penduduk dunia kenyataan kedua sebenarnya lebih tepat. Sebagai contoh, setiap tahun sebanyak lebih daripada 160 billion kilogram makanan telah disediakan di Amerika Syarikat. Daripada jumlah ini, hampir 45 billion kilogram (termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, susu dan produk bijirin) telah dibuang ke dalam tong sampah. Ironinya, secara purata, 4 billion kilogram makanan sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kebuluran yang sedang melanda dunia sekarang.
Bagi masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau, memang benar manusia tidak mampu untuk menghalang kesan langsung yang akan berlaku. Namun, bencana tersebut bukanlah sesuatu yang sentiasa berlaku setiap hari atau setiap bulan sehingga sentiasa mengganggu keseluruhan sistem pengeluaran makanan dunia. Bencana sebenarnya hanya memberikan kesan jangka pendek, bukan kesan jangka panjang dan biasanya masalah ini akan pulih dalam jangka waktu yang singkat. Bencana tidak pernah menjadi kesan berpanjang sehingga surutnya jumlah makanan dunia. Sebagai contoh, di Malaysia, fenomena tengkujuh dan banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di
Begitu juga dengan permasalahan-permasalahan kekurangan bekalan makanan kerana penggunaannya untuk penghasilan bahan api bio. Fenomena ini sebenarnya lebih bersifat permasalahan pengurusan bekalan dan bukannya punca masalah dan perkara itu belum lagi mengambil kira aktiviti spekulasi harga komoditi bermotivasikan ketamakan di pasaran hadapan (future market) yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan makanan secara tamak dan tidak realistik.
Penyelesaian
Strategi pendekatan asas ini adalah berasaskan kekuatan-kekuatan asas yang terdapat dalam dunia. Kekuatan tersebut adalah: Tanah yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber tenaga manusia yang banyak dan kekayaan dari sumber alam semula jadi. Dengan tanah yang subur dan luas yang terdapat dalam dunia usaha pertanian akan difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian berasaskan dua perkara – penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan sistem pertanian melalui penerapan nilai proaktif. Hal ini termasuk menggalakkan pembukaan tanah pertanian baru dan pemberian tanah secara percuma kepada mereka yang mampu mengerjakannya. Subsidi pertanian juga akan diberikan secara meluas bagi menggalakkan aktiviti pertanian yangberkesan.Selain itu, sistem pengangkutan yang efisyen juga perlu dibina agar pengedaran makanan menjadi lebih berkesan.
Dari aspek sumber air, tuhan telah mengurniakan jumlah air yang cukup besar kepada kaum manusia. Di dunia, terdapat lebih daripada 150 billion meter padu air permukaan (sungai,tasik dll.) dan ini tidak termasuk sumber bawah tanah (7734 billion meter padu) yang cukup untuk seluruh penduduk dunia! Yang pasti, dengan jumlah air yang sebegini banyak masalah pertanian pasti tidak akan muncul. Namun sumber ini perlu diuruskan dengan sempurna melalui pembinaan empangan dan saliran pertanian yang meluas.
Penutup
Krisis makanan dunia adalah satu krisis kemanusiaan yang wajib diselesaikan dengan secepat mungkin dan terbaik mampu. Langkah-langkah kerajaan
Natijahnya, cara untuk menyelesaikan krisis makanan pada peringkat negara, adalah dengan cara kita mengurangkan atau menamatkan terus pergantungan kita kepada pihak luar untuk sumber-sumber tersebut. Oleh itu, marlah kita menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan semula sistem ‘Buku Hijau’ yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Kedua kita iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Kita juga mestilah mampu berdikari dalam semua aspek demi meniti arus pembangunan dunia dan cabarannya seperti yang sentiasa diterapka oleh mantan Perdana Menteri Keempat kita iaitu YBhg. Tun Dr. Mahathir Mohammad. Kita juga perlu mengambil serius pendekatan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Kelima iaitu YBhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha beliau untuk memberikan kesedaran kepada rakyat tentang hasil bumi bertuah ini jika diusahakan dan juga usaha beliau untuk memartabatkan Industri Pertanian Negara melalui pendekatan moden seperti bio-teknologi dan juga pertanian secara moden dengan menggunapakai teknologi moden dan jentera peralatan yang canggih.
Akhir kata, marilah kita sentiasa mengingati pesanan kelima-lima Perdana Menteri kita bahawa kita perlu menghargai dan bersyukur dengan segala rezeki kita dan menghentikan pembaziran lantas memelihara dan memulihara alam sekitar kita, demi masa depan kita. Seperti kata Perdana Menteri kita, bahawa kegiatan ‘future trading’ bahan makanan ruji dunia seperti gandum dan beras mesti dihentikan serta merta oleh dunia. Hal ini adalah kerana jika dibiarkan berterusan para spekulator ini akan akhirnya membawa musibah seperti yang telah dilakukan oleh mereka kepada harga minyak dunia kepada harga pasaran makanan dunia pula. Kita tidak akan mewariskan alam sekitar kita kepada anak cucu kita kelak kerana sebenarnya kita hanya meminjamknya daripada anak cucu kita. Oleh itu, mari kita pulangkan semula yang terbaik kepada generasi mereka.
‘Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Semua’