Saturday, August 28, 2010

RENCANA UMUM 6: MEMPERKASA INDUSTRI AKUAKULTUR

RENCANA UMUM 6: MEMPERKASA INDUSTRI AKUAKULTUR











Rencana ini disiarkan di dalam majalah E@Siswa, oleh Hj. Samat Buang

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah mengenal pasti akuakultur sebagai satu subsektor perikanan yang boleh menyumbang kepada peningkatan pengeluaran ikan negara. Akuakultur ialah proses menternak spesies hidupan (haiwan dan tumbuhan) air tawar, air payau atau air masin dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, akuakultur juga merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan, dan pemasaran produk hidupan air. Matlamat utama akuakultur dijalankan adalah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti


ternakan, serta menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada. Antara kawasan yang boleh dimajukan untuk akuakultur adalah tasik, bekas lombong, empangan, kolam, konkrit, muara sungai dan laut serta akuarium. Sementara itu, antara spesies yang boleh dijalankan untuk projek akuakultur ialah ikan tilapia, keli, baung, patin, temoleh, jelawat, lampam, karp, haruan, udang galah, dan ikan hiasan untuk perairan air tawar dan kerapu, siakap, jenahak, udang harimau, tiram dan siput sudu untuk perairan air payau dan laut.