SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA
Soalan 3 Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam kalangan generasi
muda sejak kecil lagi.
Anda bersetuju dengan pernyataan di atas.Jelaskan pendapat anda.
Diharapkan calon-calon dapat menyatakan cara-cara semangat cinta akan negara perlu disemai sejak kecil lagi.
Kata kunci : Semangat cinta akan negara
perlu disemai sejak kecil
( Bersetuju dengan pernyataan di atas )
Rangka karangan dicadangkan:
1.0 Pendahuluan.
Mulakan dengan peribahasa : Kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya.
Masukkan satu peribahasa Arab yang bermaksud mendidik anak ketika kecil umpmana mengukir atas batu, sebaliknya mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir atas air.
AR : Kajian yang dijalankan oleh pakar dalam bidang pendidikan mengakui bahawa didikan ibu bapa terhadap anak-anak ketika kecil mempunyai kesan terhadap perwatakan anak setelah dewasa.
HS : Ketika usia masih muda, jiwa dan emosi anak-anak lebih mudah dibentuk dan dididik ke arah menghayati semangat cinta akan negara.
HS : Anak-anak akan menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga sebagai rujukan untuk mempelajari tingkah laku terpuji termasuk menyemai semangat cinta akan negara.
AA : Ketika usia muda, semangat cinta akan negara perlu mula disemai melalui berbagai-bagai cara.
ISI:
2.1 peranan ibu bapa dalam menyatakan
kepentingannya.
- Ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk ditiru.
- Contoh : guna barang buatan tempatan.
2.2 kempen melalui media massa
- drama dan filem bertema semangat cinta akan negara
Contoh : filem Bukit Kepong
- filem dokumentari yang memaparkan semangat cinta akan negara
- iklan pendek
2.3 peranan sekolah
Contoh : Aktiviti P&P di dalam bilik darjah - MP Sejarah dan Sivik
Aktiviti kokurikulum (lawatan ke tempat bersejarah)
Sambutan Bulan Kemerdekaan - sajak, teater
2.4 Penerapan nilai cinta akan negara menerusi lagu patriotik
2.5 Memperkenalkan tokoh-tokoh sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran
Contoh : Menceritakan tentang kepahlawanan tokoh menentang penjajahan
Inggeris.
2.6 Kempen beli barangan buatan tempatan
Barangan buatan tempatan mempunyai kualiti yang sama dengan barang yang
diimport dari luar negara. Harga barang buatan tempatan lebih murah.
KESIMPULAN : Simpulkan semula isi yang dibincangkan.