FAKTA:-
- 40% atau 200,000 orang kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan tidak mendapat pendidikan prasekolah.
- 92% sahaja pelajar yang berjaya menamatkan persekolahan rendah dari tahun 1 – tahun 6.
- Kemiskinan dan petempatan yang jauh terpencil serta sikap ibu bapa menjadi punca utama masalah ini.
- Dana Lembaga Amanah Kementerian Pelajaran sebanyak RM200 juta diluluskan Kabinet untuk membantu murid miskin di sekolah rendah.
Antara usaha menangani masalah keciciran dalam kalangan pelajar ialah:-
- Kerajaan perlu mewajibkan pendidikan sekolah rendah kepada semua kanak-kanak.
- Pihak kerajaan dan NGO mesti menyalurkan bantuan kewangan dan prasarana kepada golongan miskin.
- Kerajaan perlu memastikan setiap orang diberi hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan (pendemokrasian pendidikan)
- Kerajaan perlu menambahkan peruntukan dalam sektor pendidikan.
- Kempen kesedaran peripentingnya ilmu hendaklah dipergiat dan mesti berterusan terutama golongan masyarakat di luar bandar.
- Anggota masyarakat perlu menyalurkan maklumat tentang golongan yang memerlukan bantuan dan golongan ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak mereka.
- Mewujudkan asrama dan kemudahan lain kepada golongan yang memerlukan.
- Menaik taraf kemudahan di sekolah.
- Mengenakan denda yang berat terhadap ibu bapa yang tidak menyekolahkan anak mereka.
- Mengadakan skim bantuan seperti pemberian biasiswa kepada bukan sahaja pelajar yang pintar tetapi juga kepada pelajar yang miskin.
- Kerajaan mestilah membantu pelajar yang tercicir ini dengan memberikan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan menubuhkan sekolah vokasional.