Gejala ragut semakin menular dan amat buruk kesannya kepada semua. Antara langkah membanteras gejala ragut ini adalah:-
- Pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang tegas dan berkesan dalam menangani gejala ini, seperti;-
- menambahkan anggota polis di kawasan-kawasan panas
- meningkatkan rondaan dan risikan
- mewujudkan pusat pemeriksaan bergerak, balai polis bergerak dll
- menjalinkan kerjasama antara jabatan
- Semua pihak mestilah memainkan peranan yang berkesan dalam membanteras gejala ini.
- Anggota masyarakat mestilah lebih berhati-hati supaya tidak memberikan ruang kepada peragut bertindak.
- Kempen kesedaran tentang bahaya gejala ragut perlu dilaksanakan secara agresif dan sepanjang masa.
- Langkah pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang perlu ditingkatkan.
- Menggubal undang-undang yang lebih berat terhadap peragut agar menjadi teladan dan amaran kepada peragut lain.
- Anggota masyarakat perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi tindakan peragut dengan cara mempelajari ilmu pertahanan diri.
- Masyarakat diberikan ingatan agar tidak membawa wang tunai yang banyak sebaliknya penggunaan kad debit dan kad kredit digalakkan.
- Orang ramai perlu diberikan pendidikan agama yang sempurna kerana pendidikan agamalah yang boleh menjadi benteng awal berlakunya kes ragut.
- Pihak kerajaan dan NGO wajar meningkatkan usaha membanteras kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia kerana perkara ini ada kaitan rapat dengan peningkatan kes ragut.
- Pihak kerajaan juga perlu memikirkan langkah bagi mengatasi masalah pengangguran terutamanya di bandar-bandar.
- Institusi rumah tangga juga perlu diperkukuh supaya dapat melahirkan generasi baru yang sempurna akhlaknya.
- Peranan media dan ketua-ketua agama dalam menyebarkan dakwah dan kempen pencegahan perlu dilipatgandakan.