Friday, August 27, 2010

PEMBANGUNAN USAHAWAN : USAHA DAN PELUANG

PEMBANGUNAN USAHAWAN : USAHA DAN PELUANG

Artikel asal milik Tuan Hj Samat Buang
Disiarkan dengan izin pemilik asal karya.

MENURUT Kamus Dewan, keusahawanan berasal daripada kata dasar "usaha" yang merujuk kepada inisiatif, ikhtiar, kegiatan, dan kerja, serta memikul tanggungjawab untuk mencapai sesuatu matlamat. Sementara itu, usahawan pula ialah orang yang melibatkan diri dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan. Usahawan bertanggungjawab dalam mengusahakan sesuatu perusahaan sama ada dalam bidang pertanian, penternakan, pengeluaran, atau perkhidmatan. Dengan kata lain, usahawan ialah orang yang berusaha membuat sesuatu yang baru (kreatif), merancang, dan mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif), mengatur, dan mewujudkan pasaran, serta sanggup menghadapi risiko, sekali gus mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya. Bidang keusahawanan bukan sahaja bidang yang amat dituntut oleh Islam, bahkan merupakan sunnah para nabi dan sahabat Rasulullah s.a.w. dan juga merupakan fardu kifayah bagi umat Islam.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan menyasarkan untuk membudayakan semangat keusahawanan dalam kalangan 1.5 juta warga Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap aspek Pembangunan usahawan semata-mata untuk melahirkan lebih banyak golongan usahawan dalam pelbagai bidang agar mereka dapat memajukan diri tanpa batasan. Hal ini selaras dengan pendekatan Islam Hadhari yang menjadi dasar Pembangunan negara dalam era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Antaranya kerajaan menyediakan banyak bantuan seperti Yayasan Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Pembangunan, serta Industri Kecil dan Sederhana, di samping membimbing mereka yang ingin memuakan perniagaan. Dasar kerajaan ialah menggalakkan rakyat berdikari dan menerajui perniagaan kerana dapat membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat. Secara tidak langsung, dasar itu memerlukan kesediaan rakyat untuk berubah, iaitu bekerja sendiri dan tidak mengharapkan pekerjaan sama ada dengan kerajaan atau swasta. Rakyat tidak boleh terus mengharapkan majikan menyediakan pekerjaan kerana pada masa ini terlalu banyak orang yang memiliki kelulusan tinggi. Kita mahu mereka juga menjadi bos dan tidak sekadar kuli. Lantaran itu, kerajaan akan terus menggalakkan masyarakat supaya menceburi bidang ini kerana pada masa yang sama mereka membantu negara dalam mengurangkan kadar pengangguran dan membangunkan negara.

Selain itu, pemimpin nombor dua negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,turut menyeru rakyat negara ini terus terlibat secara aktif dalam bidang ekonomi termasuk meningkatkan budaya wiraswasta sejak di bangku sekolah dan menara gading lagi. Konsep wiraswasta yang bermaksud orang bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan perniagaan serta perdagangan secara profesional merupakan langkah yang dapat merapatkan jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu. Sehubungan dengan itu, beliau berharap semua pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan terns melaksanakan tanggungjawab sosial bagi membantu menggandakan usahawan Melayu termasuklah wiraswasta wanita yang berdaya saing dan berdaya tahan. Dengan adanya budaya wiraswasta ini juga telah membuatkan 50 GLC yang majoritinya diterajui pengurusan dan profesional bumiputera berjaya menempa kejayaan. Oleh itu, para usahawan tempatan dapat merebut peluang keemasan ini untuk memberanikan diri meneroka bidang-bidang perniagaan baharu termasuk pengeluaran produk halal, bidang perubatan, logistik, bioteknologi, dan pertanian moden. Mereka juga boleh menceburkan diri dalam bidang kewangan Islam, aeroangkasa, minyak dan gas, pelancongan, dan animasi.

Ribuan siswazah lulusan universiti atau yang makan gaji dengan syarikat, wajar menjadi usahawan yang mampu meneroka bidang-bidang ini setelah mendapat ilmu dan latihan yang cukup. Di samping itu, kerajaan juga amat memandang serius bidang pertanian sebagai Industri yang penting dan mempunyai impak, serta potensi yang besar kepada pembangunan ekonomi negara. Hal ini sinonim dan bertepatan dengan slogan yang Bering diuar¬uarkan kerajaan melalui media massa iaitu 'Pertanian adalah Perniagaan'.Sebagaicontoh, dalam bidang usahawan tani kerajaan menjangkakan lebih 10,000 usahawan tani baharu dapat dilahirkan dalam RMK-9 berikutan sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat petani, penternak, dan nelayan untuk menjadi usahawan tani. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada tahun 2007 sahaja pihaknya telah meluluskan permohonan sebanyak 3,400 pengusaha kecil untuk mengusahakan pelbagai aktiviti asas tani bagi menambah pendapatan masing-masing. Keadaan ini berlaku berikutan terdapat kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat tani yang menyedari bidang itu berpotensi besar untuk berkembang dan memberikan pulangan lumayan. Bagi tujuan itu, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM34 juta bagi membantu pengusaha¬pengusaha kecil di luar Bandar mengembangkan perniagaan masing¬masing agar terns berkembang dan berdaya saing. Kesemua pemohon telah menjadi usahawan tani yang berdaya saing hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Bagi membuktikan kesungguhan dan komitmen yang berterusan, kerajaan menawarkan pakej bernilai RM2 bilion kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi usahawan akuakultur. Menterinya berkata, melalui pakej tersebut kerajaan akan menyediakan tapak penternakan, infrastruktur asas, pinjaman kewangan, dan peluang pasaran ke luar atau dalam negara. Mereka yang berminat hanya
perlu mengusahakannya dengan kepakaran serta teknologi yang dimiliki masing-masing. Sebanyak 39 kawasan disediakan di bawah konsep Zon Industri Akuakultur (AIZ) untuk tujuan berkenaan yang dimulakan penghujung tahun 2007. Infrastruktur asas dalam pakej ini termasuk jalan raya, cumber air, dan talian komunikasi manakala pinjaman disediakan oleh Bank Pertanian dengan kerjasama beberapa institusi kewangan lain. Pihak swasta yang berminat mengusahakannya hanya perlu menyuntik kepakaran teknologi yang mereka miliki.

Industri akuakultur di negara ini menghasilkan keluaran sebanyak 203,000 tan metrik bernilai RM1.3 bilion tahun lalu. Menurutnya, penyumbang terbesar hash pengeluaran tersebutialah kerang¬kerangan, ikan air tawar, dan udang. Pada 2010 sasaran jumlah pengeluaran akuakultur adalah sebanyak 662,000 tan metrik dengan nilai kira-kira RM6.3 bilion. Bagi segi pengeluarannya pula, dijangka berkembang sebanyak 21.5 peratus setahun bermula 2006. Kawasan-kawasan berpotensi untuk dibangunkan dengan akuakultur ialah seluas 330,200 hektar dengan 35,000 hektar dijangka dibangunkan menjelang 2010. Penternakan ikan tilapia dilihat mempunyai potensi besar untuk dimajukan di negara ini berdasarkan permintaan yang semakin meningkat. Tilapia merupakan ternakan ikan air tawar kedua popular selepas kap dengan pengeluaran sedunia sebanyak 2.3 juta tan metrik pada tahun 2005. Amerika Utara, iaitu Amerika Syarikatdan Kanada merupakan pengimport terbesar tilapia diikuti negara Eropah seperti United Kingdom, Belgium, Perancis, serta Kanada manakala negara Timur Tengah antaranya ialah Arab Saudi, Kuwait, Jordan, dan Emiriah Arab Bersatu. China pula ialah pengeksportdan pengeluarterbesar tilapia dengan hash keluaran sebanyak sejuta tan metrik pada 2005.

Penganjuran Gerak Usahawan yang konsisten sejak tahun 2005 merupakan terjemahan hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MeCD) untuk memberi galakan kepada orang ramai menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Hal ini selari dengan visi kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya wing dan mampu meneroka kekayaan-kekayaan baru. Melalui Gerak Usahawan berpuluh¬puluh ribu usahawan baru berjaya dibangunkan dalam pelbagai bidang daripada pemakanan dan minuman, kosmetik, jualan langsung, insurans, perkhidmatan, telekomunikasi, teknologi, pertanian, francais, tekstil, sehinggalah kepada sektor automotif. Program murni ini turutsokongan padu daripada semua agensi McCD terutama UDA Holdings, Bank Rakyat, Mara, Bank SME, Bank Pembangunan, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), dan Yayasan Tekun Nasional. Penternakan ikan tilapia dilihat mempunyai potensi besar untuk dimajukan di negara ini berdasarkan permintaan yang semakin meningkat. Tilapia merupakan ternakan ikan air tawar kedua popular selepas kap dengan pengeluaran sedunia sebanyak 2.3 juta tan metrik pada tahun 2005.

Tidak cukup dengan itu, setiap agensi menawarkan perkhidmatan terbaik untuk bakal usahawan dengan menyediakan pusat serenti yang meliputi khidmat bimbingan, peluang pembiayaan, dan pinjaman, serta sokongan berterusan dalam pelbagai aspek yang lain. Kejayaan McCD sebagai kementerian yang bertanggungjawab membudayakan bidang keusahawanan, menyediakan bimbingan dan sokongan berterusan dapat diukur melalui minat rakyat terutama golongan muda dan siswazah yang kini tidak lagi teruja untuk "makan gaji" tetapi sudah bersedia menjadi "tuan" untuk diri sendiri.

Selain itu, mulai semester Julai tahun lalu, semua pelajar baharu yang mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diwajibkan mengambil mata pelajaran keusahawanan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, melalui mata pelajaran itu, para pelajar akan didedahkan dengan asas-asas untuk menjadi usahawan. Mata pelajaran tersebut mempunyai dua jam kredit, iaitu 25 peratus merupakan teori manakala selebihnya latihan amali di beberapa syarikat dalam pelbagai bidang khususnya industri kecil dan sederhana. Mata pelajaran ini hanya asas dan diwajibkan kepada semua pelajar IPTA supaya minda mereka terbuka untuk berdikari dengan meneroka setiap peluang yang ada. Melalui pendedahan sebegini mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mencari pekerjaan. Semasa latihan amali keusahawanan, para pelajar dikehendaki menyediakan serta membentangkan kertas kerja dan membuat permohonan dengan syarikat-syarikat terlibat tentang jenis atau bentuk perniagaan yang hendak mereka jalankan. Kerajaan berkemungkinan mempertimbangkan untuk membantu pelajar yang dilihat berpotensi menjadi usahawan supaya mereka mampu mencapai kejayaan cemerlang datam bidang itu.

Bidang keusahawanan kini diceburi bukan sahaja lelaki, tetapi juga wanita malah ada antara mereka yang muncul sebagai usahawan berjaya. Kaum wanita merupakan tulang belakang kepada pembangunan keluarga dan negara, serta pembabitan mereka semakin ketara dalam bidang ekonomi, profesional, dan korporat. Semakin banyak kaum wanita yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan, baik secara kecil-kecilan mahupun besar¬besaran di dalam negeri dan di luar negara. Perkembangan sihat ini merupakan satu tanda positif dan jelas menunjukkan wanita semakin prihatin dengan kemajuan diri. Usahawan wanita digesa bersikap lebih agresif memajukan perniagaan dengan meletakkan matlamat memasarkan produk mereka sehingga peringkat antarabangsa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, mereka perlu memikirkan agar pelbagai barangan termasuk kraf tangan, pakaian, dan makanan keluaran mereka dapat memasuki pasaran lebih luas. Malah, mereka juga perlu memastikan setiap produk yang dikeluarkan bermutu dan mampu mendapat Sijil Piawaian Antarabangsa (ISO). Bagi memudahkan mendapat sokongan dan bantuan mereka juga perlu membuat rangkaian dan hubungan perniagaan yang strategik dengan pelbagai agensi berkaitan. Langkah itu penting kerana kerajaan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan taraf dan kedudukan wanita supaya bukan sahaja dihormati, malah setanding dengan kaum lelaki termasuk bidang keusahawanan. menembusi pasaran peringkat antarabangsa.

Secara tuntas, keinginan untuk berniaga semakin hari semakin banyak, tapi peluang yang dapat disediakan oleh kerajaan amat terhad. Oleh itu, Selain kerajaan para usahawan yang telah berjaya diharap dapat membantu kerajaan dengan memberi peluang kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Mudah-mudahan dengan usaha untuk menjanakan pembangunan usahawan di negara kita dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kemakmuran ekonomi negara, sekali gus memanfaatkan sumber manusia secara optimum. Manakala, Bagi para usahawan pula mereka pula sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, terus berusaha, dan mementingkan kualiti barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan, di samping mempunyai visi dan misi untuk