Monday, August 30, 2010

RENCANA UMUM 28: PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

RENCANA UMUM 28: PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA


Diam tak diam, Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020, iaitu status sebagai sebuah negara maju dan saintifik mengikut acuan sendiri. Untuk itu, masyarakat yang maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baharu dan pembaharuan ini pastinya lebih baik. Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Agen perubahan utama ialah pendidikan kerana pendidikan merupakan wahana terpenting dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Perubahan dalam pendidikan memang suatu yang tidak dapat dielakkan sama ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak untuk melakukan perubahan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk melakukan perubahan khususnya dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral, dan beretika tinggi, selain melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.Tegasnya, hasrat murni kerajaan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia adalah satu cita-cita yang boleh dicapai walaupun memerlukan banyak perancangan, pelaksanaan, pemantauan, dan pengorbanan dari pelbagai sudut.


Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah Fokus SPM, keluaran Jun 2010