FAHAMI KEHENDAK SOALAN
Assalamualaikum,
Pelajar harus memahami kehendak atau arahan soalan sebelum mula menulis karangan.
CONTOH : ISU KEMALANGAN JALAN RAYA.
Punca : Faktor-faktor yang wujud sebelum kemalangan jalan raya itu berlaku.
Contoh : (1) Faktor mekanikal kenderaan yang tidak diselenggara secara berkala
(2) Sikap pemandu kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang di jalan raya.
Kesan : Masalah/ Padah/ Bencana yang berlaku selepaskemalangan itu terjadi.
Contoh : (1) Kecederaan parah anggota badan
(2) Kerugian harta benda
(3) Kematian.
Langkah-langkah mencegah : Usaha proaktif untuk mengelakkan kemalangan jalan raya daripada berlaku.
Contoh : (1) Memperkenalkan pendidikan jalan raya di sekolah rendah
(2) Memperkukuh kurikulum latihan memandu untuk melahirkan pemandu yang
lebih bertanggungjawab.
Langkah-langkah mengatasi : Usaha penambahbaikan kesan daripada kemalangan jalan raya yang berlaku.
Contoh : (1) Memantau keadaan jalan raya yang mengalami kerosakan, berlubang, tidak
rata.
(2) Meminda undang-undang jalan raya supaya mengenakan hukuman yang lebih
berat terhadap pemandu yang melakukan kesalahan di jalan raya.