Wednesday, August 18, 2010

KARANGAN BERBENTUK WAWANCARA

KARANGAN BERBENTUK WAWANCARA

(1) Karangan Wawancara.
Tema :
Melindungi hidupan liar yang terancam oleh pemburuan secara haram.

Perenggan Isi :

1. Ayat Format : Pihak yang mewawancara akan bertanyakan soalan khusus kepada pihak yang diwawancara .

Contoh :

Editor : Pada pendapat tuan, apakah langkah proaktif yang boleh menyelamatkan hidupan liar daripada mengalami kepupusan ? (Ayat Format)

VIP: Terma kasih atas soalan yang saudara kemukakan. (AF). Mengikut pengalaman saya, langkah pertama adalah meminda undang-undang berkaitan hidupan liar supaya mengenakan hukuman lebih berat kepada pemburu tidak berlesen. (Ayat Topik).
APA.

Hal ini demikian kerana undang-undang yang lebih berat akan menakutkan pemburu haram daripada membunuh hidupan liar yang dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Mereka akan berfikir dua kali sebelum melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti ini.
SEBAB

Contoh terbaik adalah langkah kerajaan untuk mengenakan denda yang lebih tinggi dan hukuman penjara mandatori sekiranya seorang pemburu haram didapati melakukan kesalahan meburu binatang yang dilindungi. Bukan setakat denda dan penjara, bahkan lesen untuk memiliki senjata api untuk tujuan memburu boleh digantung atau dibatalkan terus jika pemburu tersebut melakukan kesalahan membunuh binatang yang dilindungi oleh undang-undang.
BAGAIMANA

Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak Perhilitan perlu berjalan pada setiap masa. Jika terdapat aduan mengenai pemburuan binatang secara haram, mereka perlu bertindak dengan segera melalui modus operandi yang tersusun.
BILA.

Masukkan peribahasa yang sesuai. Contoh :
1. Mengabui mata (memperdaya seseorang supaya tidak mengetahui tujuan/ keadaan sebenar.
2. Ada akal (mempunyai idea)
3. Ada gigi (ada kuasa dan berani bertindak)
4. Akal belut (tipu muslihat yang licik)
5. Duit kopi (wang yang diberi kepada seseorang sebagai upah untuk mendapatkan sesuatu).
6. Hangat-hangat tahi ayam (tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu)

Ayat penegas: Sememangnya tiada kompromi kepada pihak yang melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti memburu secara haram kerana perbuatan ini akan menyebabkan generasi akan datang berputih mata daripada melihat spesies hidupan liar tersebut.