Karangan Pelajar SPM - PLKN
FAEDAH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Dalam keasyikan menari bersama bayang-bayang pembangunan yang semakin rancak pada zaman pascakemerdekaan ini, Malaysia telah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara moden yang lain. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif baru untuk mengekalkan prestasi negara dengan menyediakan modul-modul yang berkualiti untuk pemimpin tampuk pada masa hadapan. Selaras dengan itu, Program Latihan Khidmat Negara telah dilancarkan atas cadangan dan idea Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau memegang portfolio sebagai menteri pertahanan negara. Langkah kerajaan ini disambut baik oleh masyarakat sarwajagat, namun terdapat sebilangan penduduk yang khuatir akan keberkesananya. Bak kata pepatah Melayu, banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Sebenarnya, program-program seumpama ini telah lama dilancarkan dan dipraktikkan di negara-negara moden yang lain seperti Singapura dan Korea Selatan dan Malaysia sememangnya wajar mengikut jejak negara-negara tersebut. Oleh itu, diperturunkanmaslahat-maslahat dan faedah-faedah Program Latihan Khidmat Negara.
Komen Cikgu Ghalib:
1. Ayat-ayat yang diungkapkan terlalu janggal.
2. Ayat pertama, “Dalam keasyikan….”sesuai digunakan dalam karya kreatif. Karangan yang berbentuk fakta tidak sesuai menggunakan bahasa tersebut.
3. Penggunaan peribahasa, ‘Banyak udang banyak ragam tidak sesuai dengan konteks yang hendak dinyatakan.”.
4. Penggunaan perkataan yang lewah seperti `maslahat-maslahat dan faedah-faedah” hendaklah dielakkan.
5. Perkataan `baru’ tidak tepat. Yang tepatnya ialah `baharu’.
6. Ayat “Bak kata pepatah Melayu, banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam” merupakan ayat yang tergantung.