Sunday, August 15, 2010

Menabung (Tema: Buku Teks BM Tg.5)

Soalan:
Kerajaan telah mengadakan kempen menabung di media massa. Huraikan kebaikan menabung dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan rakyat menyertai aktiviti ini.
Jawapan :
Strategi:
T=Menabung
K=1. Kebaikan 2. Usaha
F=Umum
Isi:
Kebaikan:
1. dapat menggunakan wang simpanan apabila kita menghadapi masalah kewangan
2. dapat membantu menstabilkan ekonomi negara dan membantu negara untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi
Usaha:
3. amalan menabung ini seboleh-bolehnya disemai dalam jiwa kanak-kanak sejak kecil lagi
4. Pelbagai skim simpanan hendaklah diperkenalkan

(AR) Menabung didefinisikan sebagai menyimpan wang sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa sehingga menjadi kuantiti yang banyak untuk digunakan pada masa akan datang. (AR) Konsep menabung amat sesuai dengan pepatah Melayu, iaitu sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit. (AR) Sejajar dengan itu, slogan ‘Menabung Menjamin Masa Depan’ diperkenalkan dan papan-papan tanda yang berkaitan dapat dilihat di mana-mana sahaja.(AR) Sebenarnya, amalan menabung telah lama wujud dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat desa. (AR) Amalan ini dikatakan telah berakar umbi dalam sanubari mereka. (AR)Namun, amalan menabung dalam kalangan masyarakat kota boleh dikatakan telah lama berkubur dan amat perlu disuburkan semula.(AA) Terdapat banyak kebaikan yang akan diperoleh jika kita menabung, khususnya kepada rakyat dan juga negara.