Tulis cerita berdasarkan satu daripada peribahasa yang di bawah ini:
(Seorang satu tajuk berdasarkan nombor senarai nama dalam Buku Daftar Kedatangan)
1.Ada udang di sebalik batu –(Maksud-Ada maksud di sebalik sesuatu perbuatan)
2.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya- (Maksud- Orang yang diam bukan pengecut)
3.Alah bisa tegal dek biasa-(Maksud- Kerja yang sukar, jikalau selalu dilakukan akan menjadi mudah.
4.Alah membeli menang memakai.(Maksud- Biar membeli barangan yang mahal sedikit, asalkan tahan lama.)
5.Ayam terlepas tangan bau tahi-(Maksud- Orang yang mengerjakan perbuatan yang dilarang akhirnya mendapat malu.)
6.Bagai Belanda minta tanah-(Maksud- Orang yang telah diberi sedikit namun minta banyak lagi.)
7.Bagai bumi dengan langit-(Maksud- Sangat berbeza)
8.Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.-(Maksud- Tidak semuafakat dalam sesuatu perbincangan.)
9.Bagai kaca terhempas ke batu-(Maksud- Sangat sedih atau kecewa)
10.Bagai kacang lupakan kulit-(Maksud- Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan)
11.Bagai kaduk naik junjung-(Maksud- Orang miskin yang mengada-ngada setelah mendapat kedudukan atau pangkat)
12.Bagai melepaskan batuk di tangga-Maksud-( Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.)
13.Bagai mencurah air di daun keladi-Maksud- Tidak mahu mendengar nasihat atau ajaran orang.)
14.Bagai menghitung bulu kambing-Maksud-- Membuat pekerjaan yang sia-sia)
15.Bagai nakhoda buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.-Maksud-( Mengeluarkan belanja secara tidak menentu dalam sesuatu pekerjaan)
16.Bagai si kudung mendapat cincin-Maksud-( Beroleh keuntungan yang tidak dapat dinikmati.)
17.Bagai tikus membaiki labu-Maksud-( Orang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahui, tambah merosakkan)
18.Bagaimana bunyi gendang begitulah tarinya.-Maksud-( Sesuatu dilakukan mengikut arahan dan peraturan)
19.Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.-Maksud-( Tiap-tiap orang mempunyai pendapat atau pengalaman masing-masing.)
20.Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.-Maksud- Semakin tinggi pangkatnya, semakin merendah diri.)
21.Belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam.-(Maksud- Orang yang bodoh, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu, lama-lama akan pandai juga.)
22.Belum bertaji hendak berkokok.-Maksud-( Belum berilmu sudah menyombong.)
23.Belum duduk sudah berlunjur- (Maksu-Sudah bersenang-senang dahulu sebelum mencapai sesuatu.)
24.Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.-Maksud-( Orang yang berketurunan baik-baik, walau di mana pun akan menjadi baik)
25.Berani kerana benar, takut kerana salah-(Maksud- Berani kerana berada di pihak yang benar.)
26.Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.-Maksud-( Betapa susah kita melihat kesusahan orang, susah lagi orang yang mengalaminya.)
27.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing-Maksud-( Mengalami susah dan senang bersama-sama)
28.Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar-Maksud- Jikalau hendak bercakap tentang sesuatu rahsia, hendaklah berhati-hati.
29.Berdiri sama tinggi duduk sama rendah.-Maksud- Sama taraf berkenaan perkahwinan atau persahabatan.
30.Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.- Maksud- Pelajaran yang tidak dituntut sehingga akhirnya, tidak mendatangkan faedah.
31.Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.-Maksud- Usahakan sesuatu yang kecil sementara menanti sesuatu yang besar.
32.Berkerat rotan berpatah arang- Perselisihan atau pergaduhan yang tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi
33.Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.-Maksud-( Mengeluarkan belanja secara tidak menentu dalam sesuatu pekerjaan, akhrnya mengalami kerugian.
34.Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.-Maksud-( Tidak mungkin percintaan atau perselisihan yang terjadi daripada satu pihak sahaja)
35.Biar lambat asal selamat-Maksud-( Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah dengan berhati-hati.)
36.Biar putih tulang jangan putih mata-Maksud- Lebih baik mati daripada menanggung malu.
37.Biar titik jangan tumpah-Maksud- Lebih baik rugi sedikit daripada rugi besar.
38.Biduk lalu kiambang bertaut.-Maksud- Dua pihak yang bergaduh dan berbaik semula setelah penghasutnya tiada.
39.Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.-Maksud- Jikalau orang yang ditakuti tidak berkuasa lagi, banyaklah orang yang berleluasa melakukan sesuatu sesuka hati.)
40.Buang air yang keruh ambil air yang jernih.-Maksud- a. Buang yang jahat ambil yang baik. b. Memulakan penghidupan baru.
41.Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.-Maksud-( Berbuat baik biarlah berbatas dan perbuatan jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.)
42.Bulat air oleh pembentung, bulat kata oleh muafakat.-Maksud-( Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat)
43.Bumi mana yang tidak ditimpa hujan- Setiap orang di dunia ini tentu pernah berbuat kesalahan.
44.Burung terbang dipipiskan lada.-Maksud-( Bersiap sedia untuk meraih hasil yang belum diperoleh.)