Saturday, August 28, 2010

K1 BAHASA MELAYU SPM 2008 N

K1 BAHASA MELAYU SPM 2008 N

KARANGAN RESPONS TERBUKA ( SPM 2008 N )

1. Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang
Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.

Sediakan laporan itu selengkapnya.


2. Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.

Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.


3. Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan
negara.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.


4. Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan
masyarakat dunia.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.


5. Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia.

Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.