Monday, August 30, 2010

RENCANA UMUM 21: LANGKAH MEMPERTINGKATKAN PELANCONGAN KESIHATAN

RENCANA UMUM 21: LANGKAH MEMPERTINGKATKAN PELANCONGAN KESIHATAN

Sektor pelancongan kesihatan di Malaysia mencatat pertumbuhan pesat sejak kira-kira sedekad lalu. Satu daripada kunci daya saing Malaysia dalam sektor itu sebenarnya ialah dari segi kos. Secara puratanya kadar kos rawatan perubatan di sini ialah hampir 90 peratus lebih rendah daripada yang ditawarkan di Amerika Syarikat dan mungkin 50 peratus berbanding di Singapura. Dengan teknologi yang tidak kurang hebatnya, pusat perubatan khususnya hospital swasta di Malaysia mampu menjadi pilihan utama warga asing datang mendapatkan rawatan. Dalam jangka panjang, pertambahan jumlah mereka pastinya memberi lebih ruang kepada pengusaha hospital swasta di negara ini untuk meningkatkan teknologi khidmat yang ditawarkan. Hal ini kemudiannya secara langsung dapat melonjakkan tahap kepakaran serta teknologi yang seterusnya memberi pelbagai kesan limpahan dalam banyak sektor lain. Industri pelancongan akan dimajukan dengan menawarkan perkhidmatan saringan perubatan, diagnostik, pembedahan kosmetik, kardiologi, oftalmologi, pembedahan saraf dan ginekologi selain perkhidmatan kesihatan seperti homeopati, spa, refleksologi, dan rawatan tradisional.
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, Februari 2010