Monday, August 30, 2010

RENCANA UMUM 20: MEMPERKASAKAN INDUSTRI KECIL & SEDERHANA

RENCANA UMUM 20: MEMPERKASAKAN INDUSTRI KECIL & SEDERHANA

IKS, singkatan kepada ‘Industri Kecil dan Sederhana’, adalah satu sektor ekonomi yang penting, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara lain, termasuklah negara maju. Hal ini disebabkan sektor ini mewakili peratusan besar dari segi bilangan pertubuhan perniagaan dan memainkan peranan penting dalam penyediaan khidmat sokongan dan pembekalan alatan dan komponen kepada industri besar, penyediaan peluang pekerjaan, dan penjanaan kekayaan yang mampu meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk sesebuah negara. Di Kesatuan Eropah, umpamanya, IKS atau PKS mewakili 99% daripada semua firma perniagaan dan menjadi sumber pekerjaan kepada seramai 65 juta orang. Bancian yang dijalankan di Malaysia pada tahun 2006 oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan juga menunjukkan peratusan IKS yang hampir sama, iaitu 99.2% atau sebanyak 518,996 pertubuhan perniagaan dengan bilangan tenaga kerja seramai 3 juta orang. Namun begitu, jumlah perniagaan IKS yang besar ini hanya menyumbang sebanyak 32% kepada output pengeluaran keseluruhan dan 47.3% kepada nilai ditambah keseluruhan pertubuhan perniagaan. Peratusan ini masih rendah berbanding dengan peratusan di negara-negara lain seperti Indonesia, China, Korea dan Jepun.

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah E@Siswa,Februari 2010.