Showing posts with label contoh karangan - ala parlimen. Show all posts
Showing posts with label contoh karangan - ala parlimen. Show all posts

Sunday, September 12, 2010

Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Kedua)

Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Kedua)

Soalan Contoh

Anda akan menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah sebagai pasukan kerajaan. Usul perbahasan tersebut ialah “Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.

Sebagai menteri kedua, sediakan teks perbahasan tersebut.

Rangka Karangan

Kata alu-aluan

Pendahuluan

- tolak pindaan usul oleh pembangkang – sokong definisi usul Perdana Menteri

Isi-isi Penting

i. bidasan terhadap pembangkang
ii. penguatkuasaan yang lemah
iii. wujudnya unsur rasuah

Penutup

- Pemantauan pihak berkuasa dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.


Teks Contoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”. Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pemantauan yang kurang berkesan tidak dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi garis panduan untuk meluluskan tender kantin kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasa hendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin yang sedang menjalankan operasi itu dengan berkesan. Jadi, sepatutnya pihak berkuasa hendaklahlah menjalankan tanggungjawab mereka itu dengan berkesan. Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pasti masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan dapat diatasi. Mungkin ada segelintir pihak yang berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan tetapi bukan bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan. Jika berlaku juga sebahagian kecil pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan, sudah pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana kecuaian. Oleh itu, perkara pokoknya di sini ialah pihak berkuasa sepatutnya menjalankan pemantauan dengan berkesan untuk mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan berkala secara kerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha kantin, pihak berkuasa perlulah membuat pemeriksaan berkala secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak berkuasa seperti pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan perlulah membuat pemeriksaan secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan oleh murid-murid. Sampel makanan perlulah diperiksa dan dibuat uji kaji di makmal. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk menyediakan makan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah ini dijalankan, sudah pasti keracunan makan dalam kalangan masyarakat tidak akan berlaku.

Tuan Yang Dipertua,

Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak pengusaha kantin akan mementingkan kebersihan dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantin perlulah memastikan tangan penyedia makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan makanan mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai topi dan apron di samping memotong kuku mereka agar bersih. Sayur-sayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasak perlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya di samping tidak mendedahkan makanan kepada lalat atau serangga yang lain. Jika langkah ini diambil oleh pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Tuan Yang Dipertua,

Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada pengusaha kantin. Pihak berkuasa perlulah mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah. Melalui kursus tersebut, pengusaha kantin akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga kebersihan makanan di kantin. Sudah tentu, mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk menyediakan makanan yang bersih dan selamat untuk murid-murid sekolah. Pekerja-pekerja kantin itu juga didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan. Selain itu, mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya semasa memasak makanan dan menjaga kebersihan seperti memastikan kuku mereka dipotong, membasuh tangan sebelum memegang makanan dan sebagainya. Oleh itu, masalah keracunan makanan dalam kalangan murid-murid sekolah akan dapat diatasi.

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.

Thursday, September 9, 2010

Karangan Format Perbahasan SPM

Karangan Format Perbahasan SPM


Bahas Ala Parlimen


Soalan
Anda akan menyertai Pertandingan Bahas Ala Palimen peringkat daerah sebagai pasukan kerajaan. Usul perbahasan tersebut ialah “Bangunan Bersejarah Perlu Dikekalkan Sebagai Warisan Negara”.
Sebagai menteri kedua, sediakan teks perbahasan tersebut.

Teks Perbahasan Menteri Kedua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,
Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “Bangunan Bersejarah Tidak Perlu Dikekalkan Sebagai Warisan Negara”. Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, iaitu “Bangunan Bersejarah Perlu Dikekalkan Sebagai Warisan Negara”.

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa bangunan bersejarah ini memerlukan kos yang tinggi untuk mengekalkannya. Beliau mengatakan bahawa kerajaan terpaksa membelajakan wang yang banyak untuk memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah yang rata-ratanya sudah lama ditinggalkan oleh penjajah.

Memang benar kata Ketua Pembangkang bahawa bangunan bersejarah yang perlu dipulihara dan dijaga daripada musnah atau rosak itu memerlukan belanja yang banyak. Namun demikian, kita perlu ingat bahawa kos tersebut tidak sama dengan nilai sejarahnya yang tidak boleh dijual beli. Jadi bangunan tersebut sememangnya perlu dijaga dan dipulihara daripada musnah ataupun rosak, walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi. Hal ini demikian kerana, kita tidak mahu bangunan yang tinggi nilai sejarahnya ini rosak kerana bangunan tersebut sebenarnya tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. Sekiranya bangunan tersebut digantikan dengan bangunan yang baharu sekalipun, sudah tentu nilai sejarahnya tidak sama dengan bangunan yang asal. Tambahan pula, pada tahun lepas Melaka dan Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Hal ini sudah tentu membuktikan betapa pentingnya bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita itu perlu dikekalkan dan dipelihara daripada musnah. Pengumuman Tapak Warisan Dunia bagi kedua-dua buah negeri tersebut juga merupakan satu pengiktirafan yang sangat tinggi daripada UNESCO kepada negara kita.

Tuan Yang Dipertua,
Bangunan bersejarah perlu dikekalkan sebagai warisan negara, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, sebagai bahan kajian. Bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita ini menjadi tumpuan para pengkaji dalam pelbagai bidang. Seperti yang kita sedia maklum terdapat banyak bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita, seperti Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. Selain itu terdapat juga bangunan bersejarah yang lain seperti Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Menara Jam Condong di Telok Intan, dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur.

Terdapat banyak aspek yang boleh dikaji oleh para penyelidik bangunan lama yang memiliki unsur sejarah yang tinggi ini. Aspek tersebut ialah teknologi binaan, bahan-bahan yang digunakan untuk membina bangunan tersebut serta kaitan bangunan itu dengan fakta sejarahnya dan sosiobudaya masyarakat tempatan. Kata orang, “Tak kenal maka tak cinta”, jadi para pengkaji ini akan melaporkan hasil kajian tersebut dalam bentuk penulisan atau dokumentari agar dapat dibaca, ditonton dan seterusnya difahami oleh masyarakat Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa. Berdasarkan kajian itu juga, para pengkaji akan mendapat pengetahuan yang berguna tentang ilmu senibina yang telah digunakan oleh arkitek atau jurubina pada zaman dahulu.

Tuan Yang Dipertua,
Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, menarik pelancong. Bangunan-bangunan bersejarah itu berupaya untuk menjadi daya tarikan utama kepada pelancong dari dalam atau luar negara. Hal ini demikian kerana, para pelancong yang datang ke negara kita adalah semata-mata untuk melihat kesan-kesan sejarah tinggalan penjajah zaman dahulu. Oleh itu, bangunan-bangunan tersebut merupakan sebahagian daripada kesan sejarah dan perlulah dikekalkan dan dipulihara daripada musnah. Sebagai contohnya, bangunan Sultan Abdul Samad, Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Istana Banda, di Jugra dan Kellie’s Castle di Perak, perlu dipulihara agar keasliannya dapat dikekalkan.
Pelancong juga akan tertarik oleh keunikan dan kesenian bangunan-bangunan bersejarah itu. Hal ini membuktikan bahawa, orang zaman dahulu sudah memiliki kemahiran dan ilmu kesenian dalam senibina bangunan. Oleh hal yang demikian, bangunan-bangunan tersebut perlulah dipelihara dan dikekalkan keasliannya. Dengan cara itu, bangunan-bangunan tersebut akan kekal sampai bila-bila, seperti kata pepatah, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”, dan boleh disaksikan oleh generasi yang akan datang.

Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.
Sekian, terima kasih.

Teks Perbahasan

Teks Perbahasan

Soalan Contoh
Anda akan menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah sebagai pasukan kerajaan. Usul perbahasan tersebut ialah “Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.

Sebagai menteri kedua, sediakan teks perbahasan tersebut.

Teks Contoh
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”. Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pemantauan yang kurang berkesan tidak dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi garis panduan untuk meluluskan tender kantin kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasa hendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin yang sedang menjalankan operasi itu dengan berkesan. Jadi sepatutnya pihak berkuasa hendaklahlah menjalankan tanggungjawab mereka itu dengan berkesan. Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pasti masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan dapat diatasi. Mungkin ada segelintir pihak yang berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan tetapi bukan bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan. Jika berlaku juga sebahagian kecil pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan, suddah pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana kecuaian. Jadi, perkara pokoknya di sini, pihak berkuasa sepatutnya menjalankan pemantauan dengan berkesan untuk mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan berkala secara kerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha kantin, pihak berkuasa perlulah membuat pemeriksaan berkala secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak berkuasa seperti pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan perlulah membuat pemeriksaan secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan oleh murid-murid. Sampel makanan perlulah diperiksa dan dibuat uji kaji di makmal. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk menyediakan makan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah ini dijalankan, sudah pasti keracunan makan dalam kalangan masyarakat tidak akan berlaku.

Tuan Yang Dipertua,

Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak pengusaha kantin akan mementingkan kebersihan dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantin perlulah memastikan tangan penyedia makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan makanan mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai topi dan apron di samping memotong kuku mereka agar bersih. Sayur-sayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasak perlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya di samping tidak mendedahkan makanan kepada lalat atau serangga yang lain. Jika langkah ini diambil oleh pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Tuan Yang Dipertua,

Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada pengusaha kantin. Pihak berkuasa perlulah mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah. Melalui kursus tersebut, pengusaha kantin akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga kebersihan makanan di kantin. Sudah tentu, mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk menyediakan makanan yang bersih dan selamat untuk murid-murid sekolah. Pekerja-pekerja kantin itu juga didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan. Selain itu, mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya semasa memasak makanan dan menjaga kebersihan seperti memastikan kuku mereka dipotong, membasuh tangan sebelum memegang makanan dan sebagainya. Oleh itu, masalah keracunan makanan dalam kalangan murid-murid sekolah akan dapat diatasi.

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.
(Sumber: Cikgu Mohd Khir Kassim)

Monday, August 16, 2010

Debat Ala Parlimen

Debat Ala Parlimen

Baru-baru ini, Menteri Pelajaran Malaysia telah mengemukakan cadangan supaya mata pelajaran Bahasa Inggeris dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan.

Oleh hal yang demikian, sesiapa yang berminat untuk berhujah secara akademik, sila hantar teks bahas anda untuk disiarkan di dalam laman blog ini supaya dapat dibidas oleh pihak yang lain.

Teks bahas yang dikemukakan hendaklah berdasarkan format bahas ala parlimen.

Teks Bahas yang terbaik akan menerima hadiah sebanyak RM100.00

Soalan:
Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen. Usul perdebatan itu ialah “Mata Pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan.” Sebagai Perdana Menteri, bentangkan usul anda.

Soalan:
Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen. Usul perdebatan itu ialah “Mata Pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan.” Sebagai Ketua Pembangkang, kemukakan hujah-hujah untuk menolak usul tersebut.

Soalan:
Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen. Usul perdebatan itu ialah “Mata Pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan.” Sebagai Menteri Pertama, kemukakan hujah-hujah untuk menyokong usul tersebut.

Soalan:
Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen. Usul perdebatan itu ialah “Mata Pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan.” Sebagai Pembangkang Pertama, kemukakan hujah-hujah untuk menolak usul tersebut.

Soalan:
Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen. Usul perdebatan itu ialah “Mata Pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan.” Sebagai Menteri Kedua, bidas hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang yang membantah usul tersebut.

Soalan:
Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen. Usul perdebatan itu ialah “Mata Pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan.” Sebagai Pembangkang Kedua, bidas hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak kerajaan untuk menolak usul tersebut.

Sunday, August 15, 2010

Bahas Ala Parlimen 2009

Bahas Ala Parlimen 2009

Usul :“Penggunaan Internet membawa kebaikan kepada pelajar.”

(AF) Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini. (AF) Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.
(AF) Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali bersidang bagi membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.
Tuan Yang Dipertua,
(AF) Usul pada hari ini berbunyi,”Penggunaan Internet membawa kebaikan kepada pelajar,”
Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
(Sila sambung.... )

Thursday, March 19, 2009 Konsep Bahas Ala Parlimen Sekolah Menengah Malaysia Kesilapan yang dilakukan oleh pembahas ala parlimrn ialah mereka meminda

c

Kesilapan yang dilakukan oleh pembahas ala parlimrn ialah merekameminda usul atau cuba lari daripada usul.

Contoh Usul 1:

Cuti sekolah perlulah dipendekkan.

Sebagai pihak pembangkang, mereka hendaklah menolak usul ini dengan mengemukakan hujah-hujah yang konkrit. Hujah yang konkrit bagi pihak pembangkang ialah mereka mestilah menyatakan bahawa `Jika cuti sekolah dpendekkan:

1 Hubungan kekeluargaan akan terjejas.
2. Sektor pelancongan akan merosot
3. Masa murid untuk mengulang kaji terbatas.

Jika mereka berhujah dengan menyatakan bahawa `Cuti sekolah perlu dipanjangkan’, hal ini bemakna pihak pembangkang telah mengubah usul atau lari daripada usul.

Contoh Usul 2:
Keteguhan Ekonomi menjadi tunjang kemajuan negara.

Sebagai pembangkang, anda hendaklah menolak usul dengan mengemukakan kelemahan ekonomi yang tidak mampu menjadi tunjang kepada kemajuan negara. Hujahnya ialah :

1.Kemelesetan ekonomi global memberikan kesan kepada perkembangan ekonomi negara.
2.Minyak yang menjadi tunjang ekonomi semakin berkurang.
3. Pasaran Saham negara semakin jatuh
4. Kemajuan dan perkembangan ekonomi terlalu bergantung pada warga asing.

Jika pembangkang menyatakan keteguhan politik, sosial dan pendidikan sebagai tunjang kemajuan negara, bukannya ekonomi, maka pihak pembahas telah meminda usul atau lari daripada usul.

Ingatlah bahawa dalam pertandingan bahas, kita hendaklah berhujah tentang usul yang dikemukakan oleh kerajaan. Warga Dewan pula akan membuat keputusan sama ada usul itu ditolak atau diterima. Jumpa lagi. Salam perbahasan.

Bahas Ala Parlimen - Usul yang berat sebelah

Bahas Ala Parlimen - Usul yang berat sebelah

Banyak pertandingan perbahasan ala parlimen mutakhir ini tidak menepati konsep yang sebenarnya. Jika dikatakan perbahasan mengikut cara usul yang dikemukakan di parlimen, usul tersebut sepatutnya berbentuk usul atau cadangan. Persoalannya ialah adakah tajuk-tajuk yang di bawah ini menepati konsep usul:

1.Sektor pelancongan menjana ekonomi negara.
2.Modal Insan yang berkualiti mangkin kemajuan negara.

Tajuk seperti ini merupakan tajuk yang bias. Tajuk bahas ala parlimen sebenarnya usul. Usul ialah sesuatu yang hendak dibawa ke parlimen dan dibentangkan supaya diterima atau ditolak oleh ahli dewan. Contoh usul adalah seperti yang berikut:

3.Program realiti televisyen perlu diteruskan.
4.Mata pelajaran Sains dan Matematik mestilah diajarkan dalam bahasa Melayu.
5. Pendekatan kaunseling mampu menyelesaikan masalah disiplin pelajar.

Tujuan pertandingan bahas ala parlimen adalah untuk melahirkan pelajar yang petah berhujah, berani bercakap di khalayak, mengeluarkan hujah berserta bukti, dan sebagainya. Oleh itu, setiap penganjur pertandingan mestilah memastikan setiap usul tidak berat sebelah atau bias dalam sesuatu pertandingan perbahasan. Jika pertandingan perbahasan tersebut pada peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan perbahasa ala parlimen antara universiti, tajuk (1) dan (2) tersebut sememangnya sesuai.

Usul - P&P Matematik dan Sains wajar dalam BM

Usul - P&P Matematik dan Sains wajar dalam BM

Soalan:
Saya akan menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen. Usul yang telah ditetapkan ialah `Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik wajar menggunakan Bahasa Melayu.' Bolehkah cikgu membantu saya untuk mengemukakan hujah baik sebagai kerajaan, mahupun sebagai pembangkang?

Drp: Nazif Beckham
SMK Bandar Baru Sintok..

Jawaban:
Usul ini bagus dan adil. Banyak hujah yang boleh diutarakan sama ada untuk menerima atau menolak usul.

Jika sebagai kerajaan, anda hendaklah mengemukan hujah untuk menyokong usul tentang sebab-sebab mata pelajaran Matematik dan Sains diajarkan dan dipelajari dalam BM. Antara hujah yang hendak dikemukakan adalah seperti yang berikut:

1. Berdasarkan perlembagaan Negara-Nyatakan bahawa BM merupakan Bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan serta bahasa Penghantar dalam Sistem Pendidikan di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu mestilah diajarkan dalam bahasa Melayu.
2. Bahasa Melayu mampu memperkatakan apa-apa jua bidang ilmu. Yang tidak mampu ialah penuturnya.
3. Bahasa Melayu telah terbukti sebagai Lingua Franca di Nusantara sejak Zaman Kerajaan Sri Vijaya dan Kerajaan Melaka.

Jika sebagai Pembangkang, anda hendaklah mengemukakan hujah tentang kesan negatif yang akan timbul jika mata pelajaran Matematik diajarkan dalam BM.

1. Pelajar Malaysia akan menghadapi masalah untuk mengikuti pelajaran di luar negara kerana kebanyakan negara di dunia menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk mengajarkan Matematik dan Sains.
2. Banyak istilah sains dan Matematik tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Apabila istilah tersebut diMelayukan, maka bahasa Melayu akan tercemar sekali gus akan menggugat taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kerajaan terpaksa meningkatkan aktiviti penterjemahan. Usaha Penterjemahan pula akan menyebabkan perbelanjaan yang besar dan kita menghadapi masalah tentang tenaga pakar untuk kerja-kerja penterjemahan tersebut.

Hujah yang dikemukakan mestilah disokong dengan bukti atau fakta yang meyakinkan.

Drp;
Cikgu Ghalib

Friday, August 13, 2010

Contoh teks bahas ala parlimen

Teks Bahas:
Usul: Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,
Usul pada hari ini berbunyi,.”Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara,”

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian
Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan “Industri” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perusahaan secara besar-besaran untuk menghasilkan barangan, manakala perkataan “mangkin” bermaksud unsur yang mempercepat atau menyegerakan sesuatu perkembangan. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa “Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara” bermaksud pendidikan yang berasaskan perusahaan merupakan unsur yang akan mempercepat pembangunan negara.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala Menteri Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara konsesnsus.

Tuan Yang Dipertua,
Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.Yang pertama, saya katakan bahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya dengan hasil pertanian.Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah pendidikan industri dapat memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian yang berasaskan pertanian. Saya yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi yang akan kami kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,
Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita mempunyai tanah yang luas dan subiur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh hasil yang lumayan. Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung harap pada negara maju seperti Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh berkeadaan sedemikian? Sampai bilakah kita harus meminta-minta?

Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,
Kita harus belajar daripada sejarah. Lihatlah negara-negara maju di dunia, Jepun, misalnya, selepas Perang Dunia Kedua, telah bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia kerana negara itu maju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula mengikut jejak langkah Jepun dalam bidang perindustrian. Oleh sebab itu, untuk mempercepat pembangunan negara, kita harus beranjak daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.

(Wakil pembangkang berdiri mohon izin laluan daripada Tuan Yang Dipertua)

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,
YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlulah berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Persoalannya ialah sedarkah pihak pihak kerajaan bahawa pada suatu hari nanti kita mungkin menghadapi krisisi makanan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada bidang perindustrian? Saya bimbang nanti yang kita kejar tidak dapat, yang kita kendong pula berciciran.

Tuan Yang Dipertua,
Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang atas persoalan yang dikemukakan itu. Apabila saya mengatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlu berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian, bukan bermakna kita tidak menumpukan perhatian kepada bidang pertanian lagi. Sebaliknya, kita majukan bidang pertanian yang berasaskan perindustrian. Kita harus sedar bahawa sudah lama kita mengalami kerugian yang besar. Banyak wang negara yang mengalir ke negara asing kerana kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perindustrian.

Sebagai akibatnya, kita tidak berupaya mencipta dan mengeluarkan barang-barang keperluan kita sendiri walaupun kita mempunyai sumber yang banyak. Kita hanya berupaya menjadi pengeksport barang-barang mentah seperti getah, kelapa sawit, dan seumpamanya dengan harga yang murah. Sebaliknya, kita mengimport barang-barang siap dengan harga yang berlipat ganda. Alangkah ruginya kita!

Tuan Yang Dipertua,
Dengan menyedari hakikat ini, maka kita harus membangunkan bidang perindustrian dengan melahirkan tenaga pakar dalam bidang ini. Pembinaan kilang yang banyak semata-mata tidak bermakna jika kita tidak menyediakan tenaga mahir yang mencukupi. Untuk mencapai matlamat itu, maka bidang pendidikan yang berasaskan pertanian perlu diberikan keutamaan.. Usaha ini seharusnya bermula pada peringkat sekolah rendah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan pendidikan industri., Oleh yang demikian, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan adalah wajar. Seterusnya, pada peringkat sekolah menengah pula, diajarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup, dan pada tahun 2002 mata pelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah menengah harian.

Tuan Yang Dipertua,
Kita terpaksa menerima hakikat bhawa pembangunan dalam bidang industri merupakan mangkin kepada pembangunan negara. Oleh sebab itu, pendidikan industri merupakan satu eleman penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan sahaja oleh kerajaan, tatapi juga oleh oleh pihak pembangkang…..(sila sambung..)