Friday, August 27, 2010

SISTEM MAKLUMAT RINGKAS (SMS)

SISTEM MAKLUMAT RINGKAS (SMS)

Artikel asal milik Tuan Hj Samat Buang
Disiarkan dengan izin pemilik asal karya

KECANGGIHAN dan kemajuan dalam teknologi komunikasi hari ini telah banyak mengubah gaya hidup dengan memanfaatkan kemudahan yang tidak wujud sebelum ini. Revolusi teknologi komunikasi sudah menjadi kebiasaan bagi segenap masyarakat Malaysia sehingga evolusi senyap yang berlaku kadangkala langsung tidak kita sedari. Itulah hakikat yang terpaksa diterima apabila dewasa ini pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba¬lumba menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Antaranya termasuk perkhidmatan SMS (khidmat pesanan ringkas), MMS (khidmat pesanan multimedia), Bluetooth (teknologi tanpa wayar), dan bermacam-macam lagi.

Tidak cukup dengan perkhidmatan yang ditawarkan, malah syarikat pengeluar telefon jugs tidak ketinggalan mewarnai kemajuan teknologi dengan menawarkan paparan skrin besar dan kualiti gambar, perakam video kamera, nada dering, PDA (telefon pembantu peribadi digital), dan lain-lain lagi. Lantaran itu, golongan remaja begitu alpa dan tertarik dengan perkembangan ini yang dilihat sebagai suatu budaya dan trend anak muda yang sudah semestinya harus dimiliki.

Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) kini bukan lagi sekadar perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek, malah fungsi perkhidmatan ini semakin meluas. Sejak beberapa tahun belakangan ini, pelbagai jenis program televisyen (TV) realiti muncul dalam dunia hiburan tempatan. Fenomena ini bukan setakat bertumpu kepada bidang nyanyian semata-mata, tetapi juga melarat hingga soal mencari menantu. Selain itu, program TV realiti turut diperluas dalam usaha bagi melahirkan usahawan dan gari serta gariah membaca al-Quran.

Tidak dinafikan bukan semua program TV realiti hanya menghidangkan persembahan hiburan. Tetapi ada antaranya yang boleh memberi manfaatkepada para penonton. Cuma yang kurang elok apabila kebanyakan program TV realiti di negara kita menggunakan SMS bagi menentukan pemenangnya. Dalam hal ini, para pengundi SMS secara implisit telah dipergunakan. Mereka terpaksa membayar SMS pada kadar harga yang tinggi untuk menentukan pemenang program itu. Jika SMS biasa mengenakan caj sekitar 20 sen melalui sekali kiriman, tetapi ada dalam kalangan stesen TV yang mengenakan caj bayaran hingga 65 sen bagi setiap kiriman atau undian yang dilakukan.

Fenomena penggunaan SMS dalam program-program TV realiti dilihat semakin meluas dan hal ini amat menggawatkan. Peningkatan penggunaan SMS turut diluahkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad pada Perhimpunan Agung parti itu pada tahun lalu. Difahamkan dari Januari hingga Mac 2007, rakyat negara ini khususnya pengguna telefon bimbit menghantar lebih 11.7 bilion SMS yang menyaksikan peningkatan sebanyak 4.3 peratus untuk tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Tegasnya, rakyat Malaysia berbelanja berbilion ringgit untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) terutamanya yang melibatkan rancangan televisyen berbentuk hiburan bukannya satu permasalahan yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Kerajaan harus mengekang permasalahan ini sebelum menjadi parah kerana secara langsung unsur-unsur penghantaran SMS ini menggalakkan pembaziran dan pemborosan secara keterlaluan. Kecanggihan teknologi pada masa kini sebenarnya mampu menyumbangkan sesuatu yang SMS hari ini digunakan bukan sekadar untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapi merupakan teknologi maklumat yang mempunyai faedah yang lebih besar mungkin tidak pernah anda fikirkan selama ini.

Kenyataan yang biasa anda dengari seperti "segalanya di hujung jari anda" membuktikan hakikat ini. Kepentingan SMS hari ini digunakan bukan sekadar untuk berhubung denganrakan¬rakan, tetapi merupakan teknologi maklumat yang mempunyai faedah yang lebih besar. Hal ini demikian kerana sekiranya dimanfaat sepenuhnya, boleh menjadi alat berkesan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling selamat untuk didiami.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu orang ramai menggunakan SMS bagi melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai masalah sosial seperti kes rogol dan jenayah. SMS merupakan alat komunikasi yang paling cepat dan cekap untuk memaklumkan kepada agensi-agensi penguat kuasa seperti polis mengenai kejadian jenayah. Hal ini amat mudah kerana mereka cuma perlu menghantarkan SMS kepada polis dan tidak perlu lagi untuk membuat panggilan atau ke balai polis untuk membuat aduan. Kalau mereka ternampak kejadian jenayah seperti mencuri, penderaan kanak-kanak,dan rogol mereka terus membuat laporan melalui SMS yang dikenal sebagai "DAPAT" atau talian 32728 yang merupakan nombor SMS berpusat sebagai mata dan telinga polis. Itulah antara konsep yang diamalkan menerusi Rakan Cop atau Rakan Potis yang berorientasikan masyarakat menerusi perkongsian bijak dan memberi peluang orang ramai agar memainkan peranan aktif dan positif dalam memerangi jenayah bersama-sama pihak polis. Tetapi, kini Rakan Cop setelah diperluas ke seluruh negara semakin ketara peranannya dalam membanteras jenayah. Indeks jenayah berjaya mengalami penurunan daripada 24,571 pada 2003 kepada 21,241 pada 2004 dan menurun lagi kepada 19,695 pada 2005.

Budaya penggunaan SMS turut tempias di peringkat sekolah. Sekolah-sekolah diseluruh negara dipelawa untuk menggunakan aplikasi SMS Sekolah yang dibangunkan oleh MyPressto. com Sdn. Bhd. Aplikasi yang menggunakan teknologi SMS itu akan dapat memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa. Pada masa kini ramai ibu bapa mempunyai telefon bimbit masing¬masing. Ibu dan bapa terutamanya yang sibuk bekerja mungkin tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Melalui sistem berkenaan, maklumat peribadi murid akan dapat diakses dengan mudah oleh guru melalui komputer dan segala urusan menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dapat diselesaikan dalam masa beberapa minit melalui telefon mudah alih mereka. Aplikasi itu merupakan satu langkah ke hadapan dalam pembestarian sekolah kerana merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan sekolah. Caj yang dikenakan kepada ibu bapa untuk menggunakan SMS Sekolah adalah minimum iaitu cuma RM3 sebulan. Projek perkhidmatan SMS Sekolah oleh MyPressto dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama melibatkan data-data daripada tiga aplikasi, iaitu Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), Sistem Maklumat Murid (SMM), dan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Data daripada tiga aplikasi tersebut akan membolehkan sistem menyalurkan maklumat melalui SMS kepada penjaga berkaitan kehadiran, disiplin, dan latihan pelajar, serta memo. Fasa kedua pula melibatkan sistem SSDM, Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (SSMS), Sistem Maklumat Integrasi Pelajar (ISIS), EMIS dan SMM. Dalam fasa itu, maklumat yang dihantar ialah kehadiran, disiplin, latihan, memo, keputusan peperiksaan, dan takwim aktiviti. Sepanjang tempoh pelaksanaan fasa kedua, penambahbaikan antara muka juga telah dilakukan oleh MyPressto. Beberapa fungsi sistem telah bertambah menjadikan sistem itu lebih mesra pengguna dan dimanfaat sepenuhnya oleh pelanggan. SMS Sekolah mampu memberikan jawatan dan mengisi keperluan tersebut dengan membolehkan mereka mendapat maklumat terus daripada pihak Sekolah tentang status kehadiran anak-anak ke Sekolah, keputusan ujian, aktiviti kokurikulum dan makluman penting yang lain daripada pihak Sekolah.


Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah pun melancarkan perkhidmatan mencari pekerjaan menggunakan SMS yang membolehkan orang ramai mengetahui maklumat mengenai jawatan kosong dalam tempoh yang singkat. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bursa Buruh Elektronik(ELX),Jabatan Tenaga Kerja kementerian itu menyediakan pelbagai maklumat jawatan kosong sama ada di sektor awam mahupun swasta. Pelancaran perkhidmatan berkenaan dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn. Untuk menggunakan perkhidmatan itu, orang ramai hanya perlu menaip ELX MENU dan hantar kepada 32255 sebagai pendaftaran. Selepas itu, pengguna akan menerima satu set data maklumat peribadi, jenis jawatan yang dicari, kelayakan yang ada, serta lokasi untuk diisi, sebelum dihantar semula ke nombor berkenaan. Orang ramai akan dimaklumkan menerusi SMS sekiranya ada kekosongan jawatan yang sesuai dengan maklumat permohonan yang telah dihantar sebelum ini. Berdasarkan maklumat dalam laman web ELX, setiap SMS akan dikenakan caj kepada syarikat telekomunikasi sebanyak RM0.15 sen dan caj premium sebanyak RM0.30. Perkhidmatan itu merupakan antara usaha kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga manusia, di samping merupakan satu mekanisme bagi mengatasi masalah pengangguran, dan mengurangkan pergantungan negara kepada pekerja asing. Bagi golongan pencari pekerjaan, mereka boleh melayari laman web ELX iaitu www.elx.gov.my atau laman web kementerian iaitu www.mohr.gov. my untuk keterangan lanjut.

Dalam dunia era globalisasi kini amat malang bagi kita sekiranya kemajuan teknologi disalahgunakan. Hal ini kerana jika kita perhatikan penyebaran maklumat melalui SMS amat mudah untuk dijadikan alat penyebar maklumat yang menyangkut pelbagai isu hangat termasuk isu agama, berbaur perkauman, perhimpunan haram, khabar angin atau berita palsu, dan sebagainya yang semakin berleluasa dan membimbangkan. Penyebaran mesej yang menyentuh sensitiviti agama misalnya boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan ketegangan, serta kegelisahan rakyat di dalam negara. Isu agama ialah isu sensitif dan tidak boleh dipermainkan kerana mudah mendapat perhatian orang ramai untuk disebarkan kepada penerima lain.

Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit yang menyebarkan mesej tersebut melalui SMS kerana perbuatan mereka amat berbahaya. Sehubungan dengan halitu, Datuk Seri Najib mengarahkan pihak polis supaya menjalankan Siasatan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebar mesej melalui SMS itu. Selain itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan turut memberi amaran dan mengenakan tindakan terhadap mereka yang cuba menggugat keselamatan dan ketenteraman negara menerusi penyebaran SMS palsu. Mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab menyebarkan SMS berunsur fitnah, khabar angin dan palsu boleh ditahan di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Oleh itu, penerima SMS juga perlu memastikan kesahihan sesuatu berita yang diterima agar tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah sekali gus turut memanjangkan berita yang diragr. kebenarannya.

Sejak akhir-akhir ini, ada bang kes penipunan melalui penyebarai SMS yang tidak diundang datang k telefon pengguna. Dalam kes yanf terdahulu, sebanyak 49 penduduk Kuala Terengganu mengalami kerugian kira-kira RM200,000 akibat tertipu dengan tawaran hadiah bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit yang diterima melalui SMS Sepanjang tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersi Negeri, Supritendan Mohd. Adnan Abdullah berkata, jumlah kes berkenaan yang dilaporkan pads tahun lepas meningkat sebanyak 3 kes berbanding tahun sebelumnya, Kebanyakan mangsa yang ditipu melibatkan peraduan Akademi Fantasia 4 (AF4) dan penipuan war menggunakan nama kerajaan Honf Kong.

Pelbagai cara digunakan oleh penjenayah berkenaan yang mendakwa kononnya mereka daripada syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Maxis, serta tidak ketinggalan syarikat gergasi seperti Petronas. Sebanyak 16 kes dilaporkan oleh mangsa yang ditipu melalui SMS daripada AF4, Maxis (tujuh) dan CELCOM empat. Penipuan menggunakan nama Petronas pula sebanyak 21 kes manakala satu kes SMS berkaitan kerajaan Hong Kong. Modus operandi penjenayah terbabit cukup mudah, iaitu dengan menghantar SMS mendakwa penerima memenangi hadiah yang bernilai ribuan ringgit. Suspek kemudian mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam satu nombor akaun sebelum menunggu panggilan daripada Suspek bagi menuntut wang yang dimenangi.
Kesimpulan

Secara tuntas, budaya SMS mahupun MMS kini merupakan cars berkomunikasi yang paling mudah, ringkas, dan efektif, serta lebih menjimatkan untuk berhubung antara satu sama yang lain. Sebagai pengguna kits perlu bijak menggunakan apa¬apa sahaja kecanggihan yang ada dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat berdasarkan kepentingannya dan bukan untuk hiburan semata-mata bagi mengelakkan pembaziran. Walau bagaimanapun syarikat¬syarikat telekomunikasi di negara ini diminta supaya membantu kerajaan memantau kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan teknologi komunikasi bagi tujuan membendung aktiviti tidak bermoral.