Saturday, August 28, 2010

RENCANA UMUM 8: PELABURAN ASING DI MALAYSIA: FAKTOR-FAKTOR TARIKAN

RENCANA UMUM 8: PELABURAN ASING DI MALAYSIA: FAKTOR-FAKTOR TARIKAN



Rencana ini disiarkan di dalam majalahFokus SPM, olehHj. Samat Buang




Malaysia amat tersohor kerana memiliki iklim pelaburan yang kondusif melalui dasar pelaburan yang liberal dan telus. Selain itu, kemudahan infrastruktur yang lebih baik di Malaysia adalah faktor utama menyebabkan syarikat asing masih memilih negara ini untuk melabur dalam sektor perkilangan. Tan Sri Muhyiddin berkata, perkara itu terbukti apabila syarikat pengeluar pembersih hampagas terbesar di dunia, iaitu Diasun baru-baru ini membuat keputusan menutup kilangnya di Nanjing, China dan beralih ke Johor. Walaupun China mempunyai tenaga buruh yang murah, tetapi masih gagal menarik pelabur kerana logistik dan infrastrukturnya tidak selengkap di Malaysia. Kos-kos nyata dan tidak nyata lain yang jauh lebih tinggi di China menyebabkan 300 syarikat Korea Selatan yang sudah melabur di negara itu telah berhijrah ke Malaysia dan Vietnam. Malaysia juga merupakan destinasi pelaburan dalam kalangan pelabur Asia Barat kerana sumber semula jadi, tenaga kerja, dan industri kewangan yang ditawarkan negara ini. Perkembangan positif dalam ekonomi Malaysia itu adalah hasil daripada pelbagai langkah dan keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh dan berdaya saing. Keistimewaan lain yang dimiliki Malaysia ialah kepelbagaian bahasa, budaya, infrastruktur, industri dan pendidikan, menjadikan pelaburan di Malaysia sangat menarik bagi pelbagai sektor perniagaan.


Ikuti selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, Januari 2009