Saturday, August 28, 2010

PENGAJARAN BAHASA: 2 - KARANGAN BERFOKUS - SEMANGAT PATRIOTISME

PENGAJARAN BAHASA: 2 - KARANGAN BERFOKUS - SEMANGAT PATRIOTISME


Berdasarkan bahan paparan yang dipetik daripada peristiwa hitam "Bukit Kepong", guru boleh menggunakannya sebagai set induksi bagi pengajaran kemahiran menulis karangan. Oleh itu, berikut disertakan contoh beberapa soalan karangan yang terpilih daripada soalan peperiksaan percubaan SPM antara negeri yang memfokuskan isu semangat patriotisme:

1. Yayasan Islam Kelantan:

Pemupukan semangat patriotisme sangat penting untuk melahirkan masyarakat penyayang, negara yang aman, bangsa yang bersatu padu, dan keluhuran budi. Berikan pandangan anda tentang usaha yang perlu dijalankan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.


2. Negeri Sembilan:


Sempena sambutan Bulan Patriotisme, Persatuan Sejarah sekolah andatelah mengadakan pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah‘Kepentingan Menjaga dan Memulihara Bangunan Bersejarah’. Andaberminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.


3. MRSM:


Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan. Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme.


4. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:


Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan di sekolah-sekolah untuk melahirkan murid yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Sebagai ketua editor majalah sekolah anda ditugaskan menemu bual guru mata pelajaran berkenaan untuk mendapatkan pandangan beliau tentang kepentingan mata pelajaran tersebut. Tulis temu bual anda selengkapnya.


* Pelajar khususnya bakal calon SPM tahun ini bolehlah memanfaatkan soalan tersebut sebagai persiapan awal menjelang peperiksaan SPM. Pelajar yang berminat bolehlah menghantarkan karangan yang telah siap untuk diperiksa dan dialamatkan ke e-mel saya - tampan88@yahoo.com