Tuesday, August 17, 2010

Fokus Karangan - Pencemaran

Soalan:
Masalah pencemaran di negara kita semakin leluasa. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ini.
Jawaban:

Strategi:
T=Pencemaran
K=Langkah
F=Umum

Isi:
1. mengenakan denda yang berat kepada mana-mana pihak yang menyebabkan pencemaran
2. melantik syarikat swasta untuk mengurus sesuatu kawasan
3. mengadakan kempen kesedaran

(AR) Isu tentang pencemaran di negara kita sering menjadi buah mulut pencinta alam sekitar. (AR) Kejadian pencemaran mula menjadi duri dalam daging kerana pelancong semakin tidak berminat untuk berkunjung ke negara kita. (AA) Oleh itu, kita mestilah mengambil langkah-langkah yang proaktif, iaitu cegah sebelum parah supaya pencemaran dapat dikurangkan.

(AJ) Salah satu langkah yang paling efektif ialah kerajaan hendaklah mengenakan denda yang berat kepada mana-mana pihak yang menyebabkan pencemaran. (AH) Dengan mengenakan denda yang berat, mereka yang terbabit dalam kegiatan ini akan berasa serik untuk mengulanginya kerana sekali kena dua kali jalan tahu. (AC) Sebagai contohnya, denda kerana membuang sampah di merata-rata tempat hendaklah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1000. (AP) Melalui cara ini, mereka akan mendisiplinkan diri dan seterusnya bersama-sama dengan kerajaan untuk menangani masalah pencemaran.

Selain itu, (AJ) pihak kerajaan hendaklah melantik syarikat swasta untuk mengurus sesuatu kawasan supaya sentiasa kelihatan bersih dan cantik. (AH) Melalui cara ini, syarikat tersebut dibenarkan mengutip bayaran perkhidmatan daripada pengguna seperti kawasan letak kereta, kawasan perkhemahan, dan sebagainya. (AC) Sebagai contohnya, kawasan-kawasan pelancongan yang mampu untuk menarik kehadiran pelancong hendaklah diurus dengan cekap oleh sektor swasta. (AP) Tegasnya, kita mestilah mempunyai sistem yang sistematik untuk memastikan alam sekitar terpelihara.

Seterusnya, (AJ) kerajaan hendaklah mengadakan kempen kesedaran dari semasa ke semasa. (AH) Kempen ini bertujuan mengingatkan rakyat tentang pentingnya mengekalkan alam yang bersih dan indah. (AC) Kempen-kempen seperti ini perlu diadakan di media massa seperti media cetak atau media elektronik. (AP) Masyarakat perlu diingatkan tentang kesan yang akan dialami kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Kesimpulannya, (A Ksmpln) masalah pencemaran yang semakin leluasa ini perlu diatasi sebelum nasi menjadi bubur. (A Cdgn) Kita janganlah menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadahkerana mengambil tindakan setelah musibah atau kecelakaanberlaku. (A Pnln) Pencemaran bukan sahaja menyebabkan keindahan alam terjejas, malah kesihatan penduduk juga akan menerima kesan yang negatif seperti pembuangan sisa toksik. Oleh itu, (A Cdgn) semua rakyat Malaysia mestilah berusaha untuk mengelakkan kes pencemaran daripada berlaku kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.