Tuesday, August 17, 2010

Fokus Karangan SPM - Pengangkutan Awam

Fokus Karangan SPM - Pengangkutan Awam

Soalan:(Ringkas)
1. Bincangkan masalah pengangkutan awam di negara kita.
2. Kemukakan cadangan tentang usaha-usaha untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam di negara kita.

Jawaban Contoh:
Isu tentang pengangkutan awam di negara kita telah menjadi buah mulut orang ramai belakangan ini. Pengguna mempertikaikan perkhidmatan yang diberikan kerana syarikat pengangkutan awam tidak mengambil berat tentang masalah yang dihantui oleh mereka.Hal ini menyebabkan mantan Perdana Menteri, iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2007 yang lalu telah turun padang untuk melihat masalah yang membelenggu pengguna itu dengan mata kepala beliau sendiri. Dalam lawatan secara mengejut itu, beliau telah mengalami pengalaman pahit semasa menggunakan perkhidmatan tersebut. Beliau menganggap bahawa rungutan pengguna selama ini sememangnya benar kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Terdapat banyak masalah yang wujud dalam sistem pengangkutan awam di negara kita kerana jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang.