Tuesday, August 17, 2010

Karangan-Amalan Gaya Hidup Sihat

Cikgu , tolong saya semak karangan saya. Tajuknya .Cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan .Saya ialah murid tingkatan 3 markah penuh 40%

Mutakhir ini, slogan `rakyat sihat ,negara maju’ sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sebagaimana yang dipertikaikan, pengamalan gaya hidup bukan sahaja dapat memajukan negara kita,malah kita dapat melahirkan generasi muda yang sihat ,kreatif dan inovatif. Gaya hidup sihat harus diamalkan oleh seseorang melalui cara fizikal dan mental.

Jika kita ditinjau dari perspektif fizikal,seseorang dapat mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman. Pada abad ke-21 ini,orang ramai sibuk mengejar kekayaan dan kebendaan. Mereka sering beralasan supaya tidak perlu melakukan senaman.Kesannya,golongan tersebut mudah dihidapi penyakit yang kronik seperti penyakit sakit jantung dan obesiti.Sebenarnya ,senaman banyak membantu kita dalam mengamalkan kesihatan badan.Misalnya bahan toksik yang bahaya dapat dikeluakan dari badan kita melalui keringat. Selain itu,lemak yang berlebihan juga dapat dihauskan melalui senaman . Justeru, senaman harus dilakukan secara berterusan bagi mengamalkan gaya hisup sihat.

Selanjutnya ,makanan yang bakal menjadi penjana tenaga badan kita juga harus dirancang rapi. Ada pepatah yang mengatakan 'anda adalah apa-apa yang anda makan'.Hal ini benar jika ditelusi dari sudut kesihatan kerana makanan yang tidak sihat akan memberikan kesan negatif kepada badan kita.makanan yang disedialan haruslah mempunyai semua nutrien yang dihendaki badan. Garam ,minyak dan gula yang berlebihan dalam makan boleh mencetus penyakait kencing manis, tekanan darah tinggi serta memnbawa maut. Oleh itu,adalah wajar bagi kita untuk merancang makanan kita.

Di samping itu,dari perspektid mental,seseorang harus menghindari gejala sosial yang akan menjatuhkan maruah diri. Hal ini berlaku kerana gejala sosial seperti merokok,menagih dadah dan melakukan vandalisme boleh meninggalkan imej yang buruk kepada orang lain selain membahayakan diri sendiri. Seseorang terutamanya remaja yang berdarah setampuk pinang mudah terjerumus ke kancah tesebut. Oleh sebab itu.pelbagai usaha harus dilakukan oleh ibu bapa dan pihak sekolah untuk memastikan anaknya sentiasa berfikiran bersih.

Penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajaran juga merupakan satu cara untu mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini disebabkan nilai-nilai murni tersebut dapat menjadi pedoman dalam kehidupan dan membeikan arah yang tepat semasa mereka kehilangan arah.Ibu bapa harus memberikan didikan moral dan agama kepada anak-anak mereka semasa mereka masih kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Generasi yang muda ini bakal menjadi tonggak negara dan harus mengamalkan gaya hidup sihat.

Kesimpulannya, gaya hidup sihat bukanlah perkara yang susah untuk dilaksanakan.Peranan pelbagai pihak pasti dapat membawa kepada kejayaan,asalkan mereka berusaha untuk mengamalkan amalan tersebut.



Cikgu ,contoh gaya hidup sihat selain bersenam.pengambilan makanan sihat,menghindari gejala negatif,pemeriksaan badan, tidur awal.

Drp:
yap

Komen:
Karangan ini tidak tepat. Isi yang dikemukakan bercampur aduk. Isi tidak dihuraikan dengan betul. Huraian kebanyakannya tidak berkaitan dengan isi. Isi yang tidak relevan juga dimasukkan seperti vandalisme, penerapan nilai-nilai murni, dan sebagainya.

Contoh perenggan isi:
(AJ) Satu daripada cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah seseorang itu mestilah melakukan aktiviti senaman. (AH) Apabila bersenam, tubuh badan seseorang itu akan mengeluarkan peluh. (AC) Semasa berpeluh, bahan kotoran di dalam badan seperti toksin akan dikeluarkan. (AH) Kesannya ialah kita akan terhindar daripada pelbagai penyakit atau obesiti. (AP) Oleh itu, pihak kerajaan menggalakkan kita bersenam kerana `badan sihat otak cerdas’.

Markah untuk karangan ini hanyalah 22/40. Cuba lagi.

Sila baiki:
1. Teknik penulisan.
2. Tingkatkan penguasaan bahasa.