Sunday, August 15, 2010

Karangan - Modal Insan Berminda Kelas Pertama

Soalan:
Untuk menjadi modal insan yang berkualiti, seseorang itu haruslah mempunyai minda kelas pertama. Bincangkan kenyataan ini.
Jawaban:
Strategi:
T=Minda Kelas Pertama
K=Usaha/Cara
F=Umum
Isi:
1. seseorang itu harus sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
2. melatih diri untuk berfikir secara kritikal, konstruktif dan kreatif
3. sentiasa meningkatkan potensi diri mengikut perubahan masa
4. melatih diri supaya tabah menghadapi cabaran dan masalah

Pembangunan modal insan yang berkualiti menjadi salah satu keperluan untuk mencapai tahap negara maju. Maka, pembangunan modal insan perlu kepada ‘Minda Kelas Pertama’. Generasi yang mempunyai ‘Minda Kelas Pertama’ dapat dikategorikan sebagai modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Oleh itu, segenap lapisan masyarakat perlulah memiliki minda kelas pertama bagi mendepani pelbagai cabaran dalam usaha mencapai tahap negara maju. Jadi, apakah usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk membentuk rakyat yang mempunyai ‘Minda Kelas Pertama’?

Salah satu usaha untuk membentuk rakyat ‘Minda Kelas Pertama’ ialah seseorang itu harus sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.