Wednesday, August 18, 2010

SEBAB SEKTOR PERTANIAN SUKAR UNTUK DIMAJUKAN

SEBAB SEKTOR PERTANIAN SUKAR UNTUK DIMAJUKAN

PERENGGAN PENGENALAN.

1. Terdiri daripada ayat rangsangan dan ayat arah.
2. Tidak boleh memasukkan isi karangan iaitu sebab-sebab.
3. Masukkan peribahasa berbentuk simpulan bahasa, perumpamaan atau bidalan.
4. Gunakan kosa kata/ laras ekonomi yang sesuai.

Ayat rangsangan contoh.
1. Sektor pertanian pernah menjadi penyumbang utama kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar negara pada tahun 1960-an sehingga tahun 1970-an.

2. Peranan sektor pertanian sebagai penyumbang utama KDNK telah
beralih arah kepada sektor industri dan pembinaan serta perkhidmatan pada masa ini.

3. Sektor pertanian jika diusahakan secara bersungguh-sungguh boleh menjadi
periuk nasi yang menguntungkan kepada rakyat tempatan yang ringan tulang.

4. Sektor pertanian merupakan
tulang belakang yang membekalkan sumber makanan yang menjadi keperluan asas kepada rakyat di sebuah negara.

5. Sektor pertanian tidak wajar dijadikan kambing hitam walaupun sesebuah negara lebih mengutamakan sektor perindustrian dan perkhidmatan.

6. Sektor pertanian menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan dan asing yang ada akal dan ringan tulang.


SEBAB-SEBAB SUKAR DIMAJUKAN.

1. Harga barang keluaran utama di sektor pertanian tidak anjal dari segi harga.
2. Tidak menggunakan teknologi moden yang lebih sofistikated.
3. Tidak mengkomersialkan hasil penyelidikan saintis dalam bidang pertanian.
4. Kekangan modal.
5. Modal insan yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman.
6. Tidak menggunakan teknik pengurusan ladang yang cekap.
7. Stretagi pemasaran produk yang tidak berkesan.
8. Faktor cuaca yang sentiasa berubah-ubah/ bencana alam.
9. Tidak menarik minat masyarakat dari segi upah, keuntungan dan keseronokan bekerja.

AYAT ISI.
Isi 1 (Harga barang keluaran utama di sektor pertanian tidak anjal dari segi harga)

Ayat Topik: Sektor pertanian di Malaysua sukar dimajukan kerana harga produk yang dihasilkan oleh sektor pertanian tidak anjal dari segi harga. (APA)

HURAIAN :
1. Harga produk pertanian sentiasa turun dan naik pada setiap masa.
2. Petani sukar meramalkan harga produk tersebut apabila siap untuk dituai dan dijual.
3. Petani terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk proses membajak tanah, membaja, menanam dan seterusnya menuai hasil misalnya kos baja, kos racun serangga, upah buruh dan sebagainya.
4. Apabila tanaman siap untuk dituai dan dijual, harga produk tersebut mengalami kejatuhan teruk di pasaran antarabangsa dan di dalam negara.
5. Hal ini menyebabkan petani mengalami kerugian kerana hasil yang diperoleh daripada jualan tidak dapat menampung kos untuk mengusahakan tanaman tersebut.

AYAT CONTOH :
1. Seorang petani mula menanam semula getah ketika harga getah sedang melambung tinggi di pasaran antarabangsa.
2. Pokok getah memerlukan masa sehingga 7 tahun untuk memperoleh susu getah yang boleh dijual dalam bentuk susu getah atau getah skrap.
3. Harga getah di pasaran antarabangsa bergantung kepada permintaan dan penawaran getah dalam kalangan industralis di seluruh dunia.
4. Apabila berlaku masalah kekurangan permintaan terhadap getah, harga getah akan jatuh hingga ke paras yang terlalu rendah.
5. Jika petani tidak bernasib baik, getah yang siap untuk ditoreh terpaksa dijual dengan harga di bawah kos pengeluaran menyebabkan rugi.
6. Justeru itu kebanyakan petani lebih suka menanam tanaman kontan lain yang mudah untuk dihasilkan dan dijual kerana kurang terdedah kepada risiko penurunan harga secara mendadak.

Nota tambahan :
Maksud keanjalan ialah mengukur tindak balas dalam kuantiti satu barang yang diminta kesan daripada perubahan harga barang itu, perubahan dalam pendapatan atau perubahan harga barang lain.

Contoh 1 : Jika harga rokok dinaikkan sebanyak 10 %, adakah permintaan terhadap rokok akan berkurangan, bertambah atau tidak mengalami sebarang perubahan. Jika permintaan terhadap rokok jatuh sebanyak kurang daripada 10 %, maka dikatakan permintaan terhadap rokok tidak anjal dari segi harga.

Contoh 2: Jika kerajaan menaikkan harga gula pasir sebanyak 10 %, berapakah perubahan permintaan terhadap gula pasir? Adakah permintaannya jatuh kurang daripada 10 %, lebih daripada 10% atau tidak mengalami sebarang perubahan.

PERINGATAN :
Isi dan huraian di atas perlu disusun semula agar menjadi satu kesatuan ayat yang bersangkut-paut antara satu sama lain.