Sunday, August 15, 2010

Soalan Dimensi Diri/Remaja

Soalan 1-Dimensi Diri/remaja

1. Anda telah menyertai pertandingan perbahasan peringkat daerah yang bertajuk "Perubatan Moden Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Berbanding Perubatan Tradisional Kepada Masyarakat". Sebagai pihak pencadang atau pembangkang, sediakan teks perbahasan anda selengkapnya.

2. Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. Balas surat sahabat pena anda itu.

3. Sekolah anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) peringkat daerah. Sebagai Ahli Jawatankuasa 3K, nyatakan persiapan yang anda lakukan untuk menyertai pertandingan tersebut.

4. Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat pelancongan di Malaysia. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.

5. Kampung anda berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik dan terkenal. Anda bercadang untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan menyatakan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung tersebut sebagai destinasi pelancongan yang terkenal. Tulis surat itu selengkapnya.

6. Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal. Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.

7. Anda bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Huraikan perubahan-perubahan yang akan anda lakukan sekiranya anda berjaya mencapai cita-cita tersebut.

8. Gejala sosial yang berlaku di tempat anda mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Sebagai remaja yang prihatin anda ingin menyuarakan pandangan anda tentang langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis pendapat anda selengkapnya.

9. Kes penculikan kanak-kanak di negara ini hangat diperkatakan oleh masyarakat. Kes ini membimbangkan semua pihak. Sebagai seorang remaja prihatin, anda ingin mengemukakan cadangan untuk mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku. Tulis cadangan anda itu.

10. Kegiatan lumba motosikal haram masih berlaku di negara ini. Kegiatan ini kebanyakannya melibatkan golongan remaja. Sebagai seorang remaja yang prihatin, bincangkan peranan yang dapat anda lakukan untuk membanteras kegiatan tersebut.

11. Selain menumpukan bidang pelajaran, setiap pelajar digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah, malah penglibatan pelajar dalam kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Huraikan kepentingan menyertai kokurikulum kepada para pelajar.

12. Pembangunan teknologi sekiranya tidak digandingkan dengan pembangunan sahsiah diri akan melahirkan masyarakat yang pincang. Jelaskan pendirian anda berkenaan penyataan ini

13. Para remaja sering menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. Sebagai remaja cadangkan strategi untuk menangani masalah remaja.

14. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketrampilan. Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai muni dalam diri pelajar

15. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah menjadi satu topik hangat yang dibincangkan kini. Sebagai seorang remaja yang masih berada di bangku sekolah, anda harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu serta kemahiran agar tidak menghadapi kesukaran memperoleh pekerjaan setlah tamat pengajian pada peringkat tinggi nanti. Huraikan ilmu serta kemahiran yang perlu anda pelajari sejak berada di bangku sekolah bagi menghadapi alam pekerjan nanti.

16. Setiap individu mempunyai impiannya tersendiri. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan, anda mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan yang dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Jelaskan persediaan-persedian yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.

17. Belakangan ini, gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan dalam media massa. Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas.

18. Kesedaran terhadap perlunya pengambilan makanan tambahan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai jenis produk makanan tambahan di pasaran. Anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang isu tersebut kepada penduduk di sebuah taman perumahan Sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk ceramah tersebut ialah “Kepentingan Pengambilan Makanan Tambahan”. Tulis teks ceramah anda selengkapnya

19. Dunia remaja dikatakan sebagai dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bincangkan penyataan di atas.

20. Anda ialah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia pada peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “langkah-langkah untuk menjadi pelajar cemerlang”. Tulis ceramah anda selengkapnya. masyarakat terhadap bidang sastera.