Wednesday, August 18, 2010

KARANGAN UNTUK PELAJAR GALUS 4

KARANGAN UNTUK PELAJAR GALUS 4

TAJUK: SEBAB-SEBAB MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT / DESTINASI PELANCONGAN.

Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa. Ramai pelancong memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di negara sendiri?
Antara sebabnya ialah keindahan alam semula jadi yang menarik terdapat di negara ini. Malaysia mempunyai hutan yang menarik. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran kita contohnya, Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain.

Di Malaysia juga terdapat banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati. Terdapat bangunan-bangunan bersejarah seperti Kota A.Famosa di Melaka, tugu-tugu lama peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain. Dengan melancong, seseorang itu juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Apabila melancong di pantai dan di pulau, kita dapat menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat Malaysia yang melancong bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Port Dickson, Desaru, Kota Tinggi dan lain-lain boleh dijadikan destinasi pelancongan keluarga.

Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya, Mega Mall di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit, Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain. Barangan yang dijual di negara kita setanding dengandi luar negara. Selain itu, terdapat juga pelbagai kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan Kraftangan Malaysia kerana menarik dan harganya murah. Pada setiap tahun, diadakan promosi harga barangan dan jualan mega. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu melancong ke luar negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya.

Kesimpulannya, melancong di Malaysia banyak mendapat kebaikan dan dapat memajukan sektor pelancongan negara.

Ditulis oleh : Gabungan Ketua Bidang Bahasa & Ketua Panitia Bahasa Melayu PPD Johor Bahru