Wednesday, August 18, 2010

Kebaikan berbelanja secar berhemat

Kebaikan berbelanja secar berhemat

Pengenalan :

1. Ayat Rangsangan.
Boleh terdiri daripada beberapa ayat yang menerangkan secara umum tentang perbelanjaan secara berhemat. Contoh : Situsi ekonomi yang gawat/ meruncing, peningkatan harga barang keperluan asas, peluang pekerjaan yang semakin sukar dan tidak terjamin terutama di sektor swasta.

2. Ayat Arah.
Menyatakan kebaikan/ manfaat/ kelebihan/ faedah berbelanja secara berhemat.

3. Boleh masukkan peribahasa. Contoh: Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Perenggan Isi:

1. Kebaikan berbelanja secara berhemah kepada individu/ remaja.
2. Kebaikan berbelanja secara berhemah kepada isi rumah/ keluarga
3. Kebaikan berbelanja secara berhemah kepada masyarakat
4. Kebaikan berbelanja secara berhemah kepada negara.

Fokus kepada - sifat berjimat cermat yang dituntut dalam agama, merancang masa depan melalui cara menabung, menjadi pengguna yang berpengetahuan dan pandai memilih ketika berbelanja, mengelakkan penyeleweangan dan penindasan oleh golongan peniaga dan lain-lain.

Perenggan penutup :

1. Ayat cadangan
Kita perlu berjimat cermat agar.......

2. Ayat penilaian
Memang jelas bahawa sifat berjimat cermat .....

3. Ayat pendapat
Setiap orang termasuk individu dan keluarga patut.....

Peribahasa yang sesuai :
1. Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
2. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
3. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
4. Panjang akal.