Wednesday, September 1, 2010

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 16

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 16

BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN

PERANAN RAKYAT DALAM MENGEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARAPeranan
Rakyat harus bebas bersuara dan menyokong kerajaan menyatakan pendirian terhadap dasar negara , agar dapat menangkis tekanan dan ‘penjajahan bentuk baru’ ke atas negara kita

Rakyat harus sanggup mengorbankan sedikit kepentingan kaum masing-masing agar kita dapat menjalin hubungan baik antara kaum yang menjadi asas keselamatan dan keamanan negara, yang menyumbang kepada kemajuan negara kita.

Rakyat seharusnya mengambil tahu tentang undang-undang negara dan mematuhinya bagi kepentingan negara

Rakyat seharusnya berbakti kepada negara dalam apa-apa jua bentuk. Menabur bakti dalam pelbagai bentuk apabila dilakukan dengan ikhlas untuk negara menepati kehendak semangat 'Keranamu Malaysia' .

Rakyat seharusnya memastikan bahawa Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 dengan terlibat dalam pembangunan teknologi maklumat (IT).