Monday, August 30, 2010

info: kemusnahan flora dan fauna…?

info: kemusnahan flora dan fauna…?

KEMUSNAHAN FLORA DAN FAUNA

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa.

Manakala Fauna bermaksud seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, dan punah.

KESIMPULAN

Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh – tumbuhan dan haiwan semula jadi.

PENDAHULUAN

Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh – tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan.

Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air.

Dalam membincangkan kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilaporkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia yang kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu di lautan juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies penyu ini.

FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

Masalah pembalakan haram .

    • Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan antara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.
    • Pembalakan haram juga menebang spesies pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.
    • Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.
    • Apabila kegiatan pembalakan dijalankan juga memusnahkan spesies tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ini juga akan menyebabkan binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati.

Pembakaran Hutan

  • Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera akan menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah

Pembukaan Tanah Baru

  • Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah – tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesies tumbuh – tumbuhan.

Pemburu Haram

  • Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan Malaysia merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesies haiwan ini.
  • Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melaluinya.
  • Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
  • Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal jumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia

  • Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna.
  • Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kes kepupusan flora dan fauna ini kerana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasaour’ disebabkan perubahan cuaca dunia.
  • Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.

Pencemaran

  • Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faktor ini yang banyak menyebabkan hidupan akuatik kian pupus.
  • Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mencemarkan laut.
  • Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama haiwan ini.

sei: sumbangan kraf tangan menjana industri pelancongan negara…?

esei: sumbangan kraf tangan menjana industri pelancongan negara…?

Fakta penting:-

  • Kraf tangan bermaksud segala kerja halus / seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran tangan.
  • Kini penghasilan barangan kraf tangan telah mengalami perubahan yang drastik : telah wujud industri kraf tangan yang berskala besar yang mampu mengeksport hasilnya ke luar negara.

Antara sumbangan kraf tangan kepada perkembangan industri pelancongan:-

  1. menjadi pemangkin kepada perkembangan industri pelancongan.
  2. menjadi produk yang mempunyai kelainan dan keistimewaan yang mampu menarik minat para pelancong.
  3. mampu memperkenalkan negara melalui produk kraf tangan di peringkat global.
  4. meningkatkan jumlah pendapatan industri pelancongan melalui penjualan produk kraf tangan.
  5. menyediakan pakej lawatan istimewa kepada para pelancong.
  6. pihak bertanggungjawab boleh mengekploitasikan keistimewaan kraf tangan sebagai daya penarik.
  7. menyediakan peluang kerja dan seterusnya dapat membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnya dapat meningkatkan kemakmuran negara.

esei: cara seseorang anak membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa…?

esei: cara seseorang anak membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa…?

PENDAHULUAN:-

  • AR: Insan-insan yang bergelar ibu dan bapa merupakan permulaan hidup kita di dunia yang fana ini.
  • AH: Dengan jasa dan pengorbanan merekalah maka kita anak-anak berpeluang menghirup nikmat kehidupan yang tiada tolok bandingnya.
  • AH: Tanpa mereka, tiadalah kita. Tanpa jasa dan pengorbanan mereka, semestinya kita tidak akan berada di tempat seperti yang kita ada sekarang.
  • UBI: Kasihnya ibu membawa ke syurga, begitulah kalimat suci dan keramat yang sewajarnya menjadi pegangan setiap insan yang bergelar anak.
  • AH: Namun, apa yang menggoreskan perasaan dan hati kecil kita, kedapatan insan yang berhati mulia ini disisih serta dibuang oleh anak-anak umpama kain buruk, setelah mereka di penghujung usia.
  • AA: Sebenarnya, pelbagai cara yang dapat kita laksanakan demi membalas jasa dan pengorbanan kedua-dua orang ibu bapa kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Antara cara seseorang anak membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa ialah:-

  • Seseorang anak mestilah sentiasa meletakkan keutamaan terhadap ibu bapa lebih daripada yang lain.
  • Seseorang anak mestilah sentiasa hormat, taat akan suruhan, menunjukkan kemesraan, ringan tulang dan mestilah menjaga maruah dan nama baik keluarga.
  • Sebagai seorang anak yang masih di bangku persekolahan, kita mestilah berusaha, tekun dalam menuntut ilmu agar menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran. (Hadiahkan mereka dengan segulung ijazah… )
  • Sebagai seorang anak, kita mestilah berusaha untuk menjadi insan yang sempurna dari segi sahsiah, minda, emosi dan fizikal.
  • Setelah dewasa dan berjaya dalam kehidupan, seseorang anak mestilah berusaha membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa seperti membantu dari segi kewangan, perubatan, tempat tinggal, kenderaan dan lain-lain mengikut kemampuan diri.
  • Apabila berada berjauhan daripada ibu bapa, seseorang anak mestilah kerap melawat, menghubungi serta bertanya khabar walaupun sesibuk mana kita.
  • Apabila wujud pertelingkahan atau pertentangan pendapat, seseorang anak mestilah bijak menuturkan kata agar mereka tidak berkecil hati. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Jauhi sifat suka meninggi diri dengan mereka.
  • Jika ibu bapa kita dulunya merupakan ‘orang miskin’ dan terpaksa mencurah keringat demi sesuap nasi untuk membesarkan kita, maka sepatutnya kita membalas jasa mereka dengan memberikan kesenangan hidup, menghantarkan mereka ke Mekah, membawa mereka melancong dan sebagainya.
  • Paling utama dan penting, cara membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa kita adalah dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti. Jadilah anak yang soleh dan solehah yang boleh dibanggakan oleh mereka, agama dan juga bangsa.

vandalisme dalam kalangan pelajar…?

vandalisme dalam kalangan pelajar…?

Penulisan : Vandalisme dalam Kalangan Remaja

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme

i. Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh oleh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari Barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme juga boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik

Remaja ialah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah anggota masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah

i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.

Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

esei: faedah menyertai aktiviti perkhemahan…?

esei: faedah menyertai aktiviti perkhemahan…?

TEMA:

  • Aktiviti luar bilik darjah / aktiviti kokurikulum

TUGASAN:

  • Faedah-faedah yang diperoleh melalui aktiviti perkhemahan

CONTOH PENDAHULUAN:

(AR) Aktiviti kokurikulum yang pelbagai kini semakin diminati oleh golongan pelajar terutamanya aktiviti yang mampu mencabar kemampuan dan kreativiti mereka. (AH) Hal ini agak selari dengan sifat semula jadi seseorang remaja yang memang dahagakan cabaran dan pengalaman baru yang lebih unik. Aktiviti perkhemahan misalnya, jika dirancangkan dengan betul dan rapi, sudah pasti akan mampu menjana pelbagai faedah kepada mereka yang terlibat. (UBI) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. (AA) Pelbagai faedah yang akan diperoleh melalui penganjuran aktiviti perkhemahan.

Catatan:

  • AR = Ayat rangsangan ( ayat berkaitan tema )
  • AH = Ayat huraian
  • AA = Ayat arahan ( ayat berkaitan tugasan / kehendak soalan )
  • UBI = Ungkapan bahasa indah

1 Votes

esei: kesan penggunaan telefon bimbit kepada golongan remaja…?

esei: kesan penggunaan telefon bimbit kepada golongan remaja…?

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini tidak terkecuali golongan remaja. Penggunaannya semakin meluas disebabkan harganya semakin mampu dibeli serta memiliki teknologi yang amat canggih.

Antara kesan baik penggunaan telefon bimbit:-

  • menjadi penghubung yang efektif
  1. boleh menghubungi keluarga jika perlu
  2. menjadi media untuk berkomunikasi dengan rakan pelajar
  3. mengeratkan hubungan silaturahim
  • menjadi media penyalur maklumat dan hiburan
  1. boleh berkongsi ilmu dan maklumat dengan berkesan
  2. menghilangkan kebosanan dengan mendengar muzik dan menonton video

Manakala kesan buruknya pula:-

  • membazirkan wang kerana terpaksa menjelaskan bil
  1. wang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang lebih perlu
  2. remaja leka sehinggakan bil telefon bimbit berganda
  • membuang masa kerana leka oleh hiburan yang tersedia
  1. mengabaikan pelajaran sehingga tercicir
  2. mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri

Kesimpulan:-

Telefon bimbit seharusnya digunakan secara bijak oleh golongan remaja. Ibu bapa mestilah memantau penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak mereka agar tidak disalahgunakan.